MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA PENDAHULUAN Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah ditubuhkan melalui Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 {Akta 597} untuk perlindungan dan kemajuan hak asasi manusia di Malaysia. Salah satu fungsi utama SUHAKAM adalah untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan berhubung dengan hak asasi manusia. Berteraskan fungsi ini, SUHAKAM telah bekerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk mengadakan pelbagai latihan hak asasi manusia kepada pegawai dan anggota polis termasuk Latihan Untuk Jurulatih (TOT) kepada tenaga pengajar polis agar pendidikan hak asasi manusia dapat disampaikan secara berterusan di institusi latihan PDRM. Walau bagaimanapun, menyampaikan latihan berkaitan bidang yang selalu disalah fahami sebagai bercanggah dengan peranan polis bukan satu tugasan yang mudah untuk tenaga pengajar polis. Oleh itu, bagi mengukuhkan penyampaian pendidikan hak asasi manusia kepada PDRM, SUHAKAM dengan kerjasama PDRM telah mengambil langkah untuk membangunkan modul hak asasi manusia untuk polis sebagai panduan kepada tenaga pengajar polis dalam menyampaikan pengetahuan hak asasi manusia dan untuk memastikan kandungan latihan yang disampaikan adalah mengikut standard. Maka terhasillah modul ini yang mengandungi lima bahagian. Modul latihan ini mengandungi lima modul seperti berikut: 1. Modul 1: Pengenalan kepada Konsep Hak Asasi Manusia Perbincangan modul ini memfokuskan kepada definisi, kepentingan dan prinsipprinsip utama hak asasi manusia, sejarah perkembangan hak asasi manusia, triti hak asasi manusia antarabangsa yang utama dan mekanisme pemantauan hak asasi manusia. SUHAKAM sebagai Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan juga diperkenalkan di bawah modul ini. 2. Modul 2: Hak Asasi Manusia untuk Anggota dan Pegawai Polis Modul ini memberi penjelasan berkenaan hak asasi manusia yang terpakai kepada semua individu termasuklah mereka yang bertugas sebagai pegawai dan anggota polis. 3. Modul 3: Hak Asasi Manusia dan Kepolisan Modul ini memperkenalkan prinsip-prinsip asas kepada pihak polis agar penguatkuasaan yang dijalankan dapat memenuhi objektif yang dikehendaki dan dalam masa yang sama menghormati hak asasi manusia. 4. Modul 4: Aplikasi Prinsip Hak Asasi Manusia dalam Siasatan Polis Modul ini mengandungi panduan umum berkaitan pemeriksaan, tangkapan, penahanan dan soal-siasat agar setiap proses siasatan mematuhi prinsip hak asasi manusia. v 

اختر الفقرة المستهدفة3