MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA 5. Pegawai polis hendaklah mengambil kira faktor-faktor berikut apabila mengendalikan sesuatu insiden. a) b) c) d) e) f) g) h) Tahap seriusnya sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh sabjek; Saiz, umur dan berat badan sabjek; Kekuatan fizikal sebenar sabjek; Keadaan mental, perubatan dan pengaruh akibat dadah atau arak; Bilangan sabjek yang terlibat atau orang lain yang mungkin akan terlibat sama; Senjata yang dimiliki sabjek atau yang boleh diperolehi sabjek; Pengetahuan tentang sejarah sifat ganas sabjek; Kehadiran orang awam atau mereka yang berpotensi menjadi mangsa dalam kawasan tersebut; i ) Sama ada sabjek boleh ditangkap kemudian. 6. Pegawai polis hendaklah juga mengambil perhatian faktor-faktor yang ada pada mereka sendiri apabila mengendalikan keadaan tersebut. Faktor-faktor berikut tidak terhad dan termasuklah:a) Saiz, kekuatan fizikal dan kepakaran serta taktik yang ada pada pegawai polis itu; b) Bilangan pegawai polis yang hadir atau boleh diperolehi ketika itu; c) Keperluan untuk mengambil tindakan serta merta dalam keadaan di mana serangan tiba-tiba berlaku; d) Senjata dan alat penahanan yang ada pada anggota polis. • Cabaran utama dalam mewujudkan polisi yang efektif adalah untuk memenuhi kehendak prinsip-prinsip keperluan dan berkadaran terutama dalam keadaan tekanan atau berbahaya. Prinsip ini dapat dipenuhi dengan mengaplikasikan konsep hak asasi manusia dalam setiap rutin harian pekerjaan, sentiasa menambahbaik pengetahuan, kemahiran dan sikap seseorang terhadap hak asasi manusia melalui latihan serta kursus yang berkala. Aktiviti 1: Analisis Hak Asasi Manusia - Tanggungjawab Melindungi, Menghormati dan Memenuhi Hak Asasi Manusia Kajian kes 1: Pengurusan perhimpunan aman Akta Perhimpunan Aman 2012 memberi kebenaran untuk berhimpun atau mengadakan protes secara aman tetapi ia mestilah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. Sebuah organisasi bukan kerajaan telah mengadakan satu perhimpunan aman sempena Sambutan Hari Habitat Sedunia yang bertemakan “Perumahan Untuk Semua” di Kuala Lumpur. Pihak Penganjur telah mengemukakan notis berkenaan perhimpunan tersebut kepada Ketua Polis Daerah 10 hari sebelum perhimpunan dan juga telah mengadakan perbincangan dengan pihak polis berkenaan perancangan pergerakan perhimpunan sebelum program dijalankan. Pada hari kejadian, peserta telah berarak dari Stesen LRT Masjid Jamek ke Bukit Bintang sambil memegang sepanduk dan melaungkan isu tuntutan berkenaan hak perumahan. Seramai 200 peserta telah menyertai perhimpunan aman tersebut yang bermula pada jam 11.00 pagi sehingga jam 2.00 petang. 48 

اختر الفقرة المستهدفة3