MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA 13 TINGKAH LAKU SUSPEK Peningkatan agresif secara fizikal Ancaman serangan Agresif secara fizikal Melawan tangkapan (Aktif) Agresif secara lisan Melawan tangkapan (Pasif) Tenang Bekerjasama kekerasan berbahaya Taktik mempertahankan diri Teknik kawalan menggunakan tangan sahaja Perundingan Dialog Kehadiran fizikal RESPON PENGUATKUASA Kelakuan ganas Ancaman nyawa kepada penguatkuasa dan orang awam ii. Kesesuaian tindakan: Tindakan yang dipilih perlu sesuai untuk mencapai objektif yang dihasratkan. Tindakan yang gagal mencapai objektif boleh dianggap tidak berkesan dan tidak berkadaran. iii. Hasil tindakan: Hasil tindakan yang dijangkakan dan campur tangannya dengan hak asasi manusia mesti ditimbang berdasarkan kaitannya dengan tujuan yang ingin dicapai. Ini merangkumi mempertimbangkan gangguan atau kerosakan yang disebabkan oleh tidak mengambil tindakan tersebut. Sekiranya mudarat disebabkan oleh tindakan itu jelas melebihi manfaatnya, tindakan tersebut mesti dielakkan. Di dalam PDRM sendiri, Ketua Polis Negara telah mengeluarkan Arahan Ketua Polis Negara No. 78 Penggunaan Kekerasan Semasa Menjalankan Tugas Berpandukan Peruntukan Undang-undang di bawah para 4.1 Kerangka Kerja Berpandukan Situasi. Penggunaan kekerasan adalah berpandukan panduan-panduan berikut:1. Pegawai polis hendaklah menggunakan kekerasan di tahap kemunasabahan yang objektif dalam mengawal sesuatu situasi dan dalam melaksanakan tangkapan. 2. Pegawai polis hendaklah tidak meneruskan penggunaan kekerasan melebihi daripada tahap munasabah dalam mengawal keadaan sebaik sahaja sabjek telah tidak lagi menentang dan kawalan ke atas sabjek telah diperolehi. 3. Pegawai polis hendaklah mempertimbangkan untuk mengurangkan kerosakan atau kecederaan kepada sabjek serta menghormati dan memelihara hak-hak orang awam. 4. Pegawai polis hendaklah tidak mempamerkan, menunjuk atau mengancam untuk menggunakan apa jua kaedah yang dibenarkan dalam opsyen penggunaan kekerasan kecuali penggunaan tersebut adalah munasabah dan dibenarkan undang-undang. 13 Commonwealth Manual on Human Rights Training for Police, mukasurat 70 47 

اختر الفقرة المستهدفة3