MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
GLOSARI ISTILAH
Aksesi - tindakan negara menerima tawaran atau peluang untuk menjadi ahli dalam
perjanjian yang sudah dirundingkan dan ditandatangani oleh negara lain. Ia mempunyai
kesan undang-undang yang sama dengan ratifikasi. Aksesi biasanya berlaku setelah
perjanjian tersebut telah berkuatkuasa.
Badan triti – satu jawatankuasa yang terdiri daripada pakar-pakar bebas yang dilantik
untuk menyemak pelaksanaan negara ahli sesuatu triti hak asasi manusia antarabangsa.
Triti menggunapakai istilah “jawatankuasa” di dalam peruntukannya, tetapi ia lebih
dikenali sebagai “badan triti” kerana ia ditubuhkan selaras dengan triti yang dipantau oleh
jawatankuasa tersebut. Badan triti adalah tidak bebas daripada sistem PBB, walaupun
mereka mendapat sokongan dari Sekretariat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan
melapor kepada Perhimpunan Agung PBB. Kadangkala dikenali juga sebagai “badan
pemantau triti”.
Demokrasi – satu bentuk kerajaan di mana kuasa untuk mentadbir diperolehi daripada
rakyat sama ada melalui referendum atau wakil yang dipilih oleh rakyat yang layak untuk
mengundi dalam pilihanraya.
Diskriminasi – apa-apa perbezaan, pengecualian, sekatan atau keistimewaan yang
berasaskan kepada bangsa, budaya, asal usul etnik, kewarganegaraan, orientasi seks,
agama, kecacatan atau apa-apa karakteristik lain yang yang bertujuan atau memberi
kesan menafikan atau mengurangkan mana-mana individu daripada menikmati hak asasi
manusia dan kebebasan asasi dalam bidang politik, ekonomi, sosial, budaya atau bidang
kehidupan awam yang lain.
Ekstradisi - proses pemindahan individu dari negara yang diminta ke negara yang meminta
untuk pendakwaan atau hukuman jenayah. Prosedur ekstradisi biasanya ditentukan melalui
perjanjian timbal balik antara dua negara atau perjanjian pelbagai hala antara beberapa
negara. Kebiasaannya, ekstradisi akan diberikan hanya jika jenayah yang didakwa
dilakukan tersebut juga merupakan kesalahan di bawah undang-undang di negara yang
diminta.
Garis Panduan Riyadh - Garis Panduan PBB untuk Pencegahan Kesalahan Juvenil yang
diterimapakai Perhimpunan Agung PBB melalui resolusi 45/112 pada 14 Disember 1990. Garis
panduan ini menekankan kepentingan menangani kesalahan remaja untuk mengurangkan
jenayah, perlunya melaksanakan garis panduan mengikut pendekatan berasaskan kanakkanak, dan tanggungjawab bersama memastikan kesejahteraan kanak-kanak dari awal
usia dan berterusan.
Genosid (genocide) - pembunuhan secara sistematik dengan niat untuk memusnahkan,
secara keseluruhan atau sebahagian, sekumpulan orang kerana kewarganegaraan,
bangsa, etnik atau agama mereka.
Hak asasi manusia – hak sejagat yang dimiliki semua manusia tanpa mengira apa bentuk
perbezaan. Hak asasi manusia adalah tidak dapat dipisahkan, tidak dapat diasingkan dan
sejagat serta saksama untuk setiap individu.
171
اختر الفقرة المستهدفة3
الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات