MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
4.3 Penetapan standard yang tinggi patut dijayakan dengan perekrutan yang ketat
dan kompetetif pegawai-pegawai berdasarkan kriteria pemilihan dan proses yang
menghasilkan kepelbagaian kakitangan berkemahiran bagi menemubual.
Latihan Spesifik
4.4 Latihan yang spesifik akan memastikan ketekalan cara penemubual membuat
persediaan dan struktur temubual. Latihan hendaklah juga mengajar metodologi
amali menggunakan penyelidikan yang relevan bagi menunjukkan bahawa teknikteknik menemubual yang tertentu boleh memudahkan perolehan keterangan yang
tepat dan boleh dipercayai dan meminimakan risiko mendapat maklumat salah.
4.5 Kandungan latihan temubual yang berkesan haruslah termasuk membuktikan
kepentingan temubual sebagai sebahagian daripada proses penyiasatan atau
pengumpulan maklumat yang lebih luas, dan pastinya adalah sebahagian daripada
proses keadilan yang lebih luas, tanpa mengira bidang kuasa. Penekanan terhadap
keberkesanan temubual dan perlindungan yang relevan ialah kunci bagi memastikan
Kerajaan mematuhi tanggungjawabnya terhadap hak asasi individu, dan menghalang
penyeksaan atau layanan buruk.
4.6 Elemen penting latihan temubual berkesan termasuklah bagaimana untuk:
a. Kekal bersikap terbuka dan mengelakkan prejudis
b. Merancang dan bersedia secara strategik
c. Membina dan mengekalkan hubungan baik
d. Mengenal pasti dan bertindakbalas terhadap keperluan tertentu orang yang
ditemubual
e. Mematuhi undang-undang hak asasi manusia antarabangsa
f. Memastikan perlindungan terpakai sepanjang proses temubual
g. Menggunakan teknik-teknik menyoal yang disokong secara saintifik
h. Menggunakan kemahiran pendengaran aktif dan membenarkan orang yang
ditemubual menjawab soalan dengan lengkap
i. Berinteraksi dengan orang yang keberatan ditemubual
j. Berinteraksi dengan peguam orang yang ditemubual
k. Memulakan dan mengakhiri temubual secara profesional
l. Membuat analisis terhadap maklumat yang dikumpul
m. Menilai proses temubual dengan niat untuk meningkatkan kemahiran
4.7 Latihan menemubual patut dibuat dalam tempoh yang mencukupi untuk menanam
asas teori yang perlu dan pengetahuan amali, dan merangkumi sesi latihan yang
banyak menggunakan senario operasi yang realistik, dengan maklum balas daripada
pihak atasan dan rakan sejawat.
4.8 Penyertaan orang-orang yang pernah ditemubual dan profesional lain (seperti
kakitangan perubatan, jurubahasa, dan orang sokongan) dalam sesi berasaskan
senario boleh mengayakan pengalaman latihan.
150
اختر الفقرة المستهدفة3
الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات