MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA 3.14 Kerentanan tidak semestinya menghalang orang yang ditemubual daripada memberikan maklumat yang boleh dipercayai; ini selalunya boleh dicapai dengan bantuan sokongan. Contohnya, orang yang ditemubual yang mempunyai kesukaran mendengar atau pertuturan mungkin memerlukan jurubahasa yang mahir atau individu sokongan. Berunding dengan orang yang kenal baik dengan orang yang ditemubual, seperti ahli keluarga atau pekerja sosial boleh memudahkan interaksi penemubual dengan orang yang ditemubual. 3.15 Rekod bertulis yang lengkap tentang sebarang penilaian kerentanan, bersama dengan langkah-langkah yang diambil oleh penemubual untuk membantu orang yang ditemubual, membentuk perlindungan yang penting. Rakaman sebegitu membantu mengenalpasti langkah-langkah yang diperlukan untuk membolehkan komunikasi yang berkesan, penggunaan proses pengumpulan maklumat dan keselamatan orang yang ditemubual. Dalam kes suspek, penemubual hendaklah memaklumkan wakil undangundang orang yang ditemubual mengenai sebarang kerentanan yang dikenal pasti dan langkah-langkah yang telah diambil untuk menyesuaikannya dengan keperluan orang yang ditemubual. 3.16 Penemubual yang bertanggungjawab untuk menyoal orang yang ditemubual dalam situasi kerentanan tinggi patut, jika boleh, menerima latihan khusus atau dibantu oleh pakar yang sesuai. Dalam kes kanak-kanak, proses temubual hendaklah tertakluk kepada prosedur pakar dan dijalankan oleh penemubual yang dilatih khas. 3.17 Penemubual patut mengambil langkah munasabah bagi memastikan lokasi dan persekitaran temubual itu sendiri tidak menyebabkan orang yang ditemubual berasa tertekan dalam situasi kerentanan tinggi Prinsip 4 – Latihan Temubual yang berkesan merupakan kerja profesional yang memerlukan latihan yang spesifik. -------------------------------------------------------------------------------------------------------Huraian 4.1 Semua kakitangan yang menjalankan temubual, termasuk polis dan pegawai penguatkuasa undang-undang yang lain, serta kakitangan risikan dan tentera, patut menjalani latihan khas temubual yang berkesan – sejajar dengan prinsip-prinsip yang dirangka dalam dokumen ini. Ini akan mempersiapkan mereka dalam memahami, membuat persediaan dan menjalankan temubual menurut undang-undang negara dan antarabangsa, peraturan institusi, dan standard profesional tertinggi. 4.2 Teknik temubual yang berkesan patut diajar di agensi-agensi bagi menggalakkan perubahan institusi ke arah dasar dan kaedah yang berasaskan pendekatan terbuka dan bertujuan untuk mengumpulkan maklumat tepat dan boleh dipercayai dari semua kategori orang yang ditemubual. 149 

اختر الفقرة المستهدفة3

الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات