MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
2.67 Rumusan tepat apa yang telah dikatakan oleh orang yang ditemubual boleh
memberikan kemajuan yang positif terhadap temubual dan membantu penemubual
dan orang yang ditemubual mengingat semula butir-butir penting. Walau
bagaimanapun, rumusan yang tidak disusun dengan baik boleh mencemarkan
kenyataan orang yang ditemubual dan menyebabkan jangkaan yang berat sebelah
atau ketidaktepatan. Orang yang ditemubual juga boleh menganggap rumusan
yang tidak tepat sebagai tanda bahawa penemubual tidak mendengar atau cuba
memanipulasikan pernyataan mereka.
Menghadapi Keengganan
2.68 Penemubual mungkin berhadapan dengan orang yang keberatan untuk bercakap
dan oleh itu patut sudah bersedia lebih awal bagi menangani situasi sedemikian. Tidak
mahu atau tidak bersetuju untuk menjawab soalan mungkin merupakan pilihan yang
disengajakan. Sebagai contohnya, suspek kes jenayah berhak untuk berdiam diri dan
ada yang akan menggunakan hak ini. Keputusan ini hendaklah selalu dihormati dan
tiada kaitan dengan hak anggapan tidak bersalah orang yang ditemubual.
2.69 Antara sebab orang yang ditemubual mungkin keberatan untuk bercakap termasuk
kebimbangan dan ketidakpastian tentang proses, terutama jika orang itu tidak pernah
berhadapan dengan situasi sebegitu. Ketakutan juga boleh memainkan peranan;
misalnya takut kepada polis atau pegawai kerajaan yang lain, atau takut ada akibat
kepada mereka sendiri atau orang lain jika diketahui yang mereka bercakap dengan
pihak berkuasa. Orang yang ditemubual juga mungkin terkesan secara psikologi
dengan apa yang telah mereka saksikan, dengar atau alami. Keberatan untuk
bercakap juga mungkin disebabkan reaksi peribadi mereka terhadap penemubual
atau jurubahasa.
2.70 Tidak mustahil orang yang ditemubual sanggup memberikan maklumat tetapi tidak
dapat berbuat demikian. Pertama-tamanya mungkin kerana mereka tidak mempunyai
maklumat yang relevan, atau gagal mengenal pasti butiran. Mungkin kerana masa
telah lama berlalu atau pengalaman yang dihadapi membuatkan mereka lupa butirbutir asal atau membuatkan mereka tidak berupaya mendapatkan kembali ingatan
tersebut daripada memori.
2.71 Penemubual akan meningkatkan kebarangkalian temubual yang berkesan dengan
menunjukkan kesedaran penuh hormat mengapa orang keberatan untuk bercakap,
dengan memberi penjelasan bahawa sebarang maklumat yang diberikan akan
dianggap sulit dan terhad kepada pihak yang dibenarkan undang-undang sahaja,
dan menghormati sebarang keengganan berterusan untuk bercakap. Penemubual
tidak patut membuat kesimpulan yang negatif daripada kegagalan atau keengganan
orang yang ditemubual untuk menjawab soalan dan patut mengekalkan sikap tidak
menghakimi apabila seseorang yang ditemubual mungkin akan membuat pengakuan
terhadap jenayah atau memberikan maklumat yang memalukan.
144
اختر الفقرة المستهدفة3
الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات