MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Teknik-teknik Mengumpulkan Maklumat
2.60 Pendengaran aktif membantu penemubual memproses maklumat yang diberikan
oleh orang yang ditemubual. Melalui pendengaran aktif, penemubual menunjukkan
yang mereka mengikuti percakapan orang yang ditemubual dan berusaha untuk
memahaminya. Penemubual mengambil langkah berhati-berhati supaya tidak
memimpin orang yang ditemubual secara tidak sengaja dengan menggunakan
isyarat secara lisan atau visual, termasuk bunyi, gerak isyarat atau pertanyaan, yang
boleh diinterpretasikan sebagai bersetuju atau tidak bersetuju dengan apa yang
diperkatakan.
2.61 Orang yang ditemubual patut digalakkan supaya menjelaskan dengan perkataan
mereka sendiri tentang penglibatan, pengetahuan atau ingatan mereka terhadap
perkara yang sedang diteliti, dan patut dibenarkan untuk memberikan jawapan penuh.
Kemudian bolehlah maklumat itu diperiksa untuk mendapatkan butiran selanjutnya
bagi mengisi lompong atau menjelaskan percanggahan.
2.62 Secara umumnya penemubual tidak patut mencelah atau memintas fikiran orang
yang ditemubual dan sentiasa memberikan perhatian terhadap maklumat yang
disediakan supaya boleh mengesan butir-butir penting dan mengenal pasti topik
yang spesifik yang memerlukan tindakan susulan. Di samping tidak mengganggu
percakapan, penembual patut mendiamkan diri pada waktu yang sesuai. Apabila
berdiam, penemubual memberikan isyarat bahawa tidak mengapa jika orang yang
ditemubual mengambil masa untuk berhenti sejenak dan berfikir, dan penemubual
sanggup menunggu untuk mendapatkan lebih banyak butiran.
2.63 Jenis pertanyaan yang digunakan dalam sesebuah temubual menyumbang kepada
pencapaian objektif dan hasil keseluruhan yang diingini. Sasarannya ialah untuk
mendapatkan sebanyak mungkin maklumat yang diberikan secara sukarela dan tidak
tercemar. Setiap soalan harus mempunyai tujuannya dan ditanya dalam cara yang
tidak menghakimi. Bahasa yang digunakan hendaklah jelas dan terma-terma atau
jargon atau akronim yang teknikal hendaklah dielakkan.
2.64 Pertanyaan yang terbuka, seperti ‘jelaskan kepada saya,’ ‘beritahu saya’ atau
‘tolong jelaskan,’ mengurangkan risiko mengganggu memori orang yang ditemubual;
berkemungkinan besar lebih banyak butir-butir dan jawapan yang lebih berisi dapat
diberikan, yang berkemungkinan besar bukannya dipengaruhi oleh penemubual.
2.65 Soalan-soalan bersifat mencungkil, seperti ‘siapa,’ ‘apa’ dan ‘di mana’, mungkin perlu
untuk mendapatkan lebih banyak butir-butir sebaik sahaja orang yang ditemubual
menjawab soalan terbuka. Ia membantu mendapatkan maklumat tambahan
yang relevan dan mengenal pasti lompong yang spesifik dan tidak konsisten yang
memerlukan pemeriksaan teliti lanjutan. Orang yang ditemubual mungkin akan
mendedahkan sesuatu yang baru.
2.66 Penggunaan maklumat yang strategik boleh membantu membimbing penemubual
bagi memastikan maklumat yang dicungkil relevan terhadap tujuan temubual.
143
اختر الفقرة المستهدفة3
الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات