MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
2.41 Sebelum memulakan temubual, penting untuk memaksimakan nilai penyiasatan dan
keterangan maklumat yang telah dikumpul. Penemubual hendaklah mendapatkan
dan menyemak sebanyak mungkin keterangan atau maklumat yang tersedia –
seperti pernyataan saksi dan mangsa yang telah diambil, pernyataan terdahulu oleh
suspek, laporan forensik, keterangan fizikal, imej elektronik dan maklumat. Penemubual
hendaklah mengakses kerelevanan dan kebolehpercayaan maklumat yang tersedia
dan mengenal pasti kekosongan maklumat yang perlu diisi sebelum dan semasa
temubual.
2.42 Apabila membuat persedian temubual – dan sepanjang proses – penemubual
hendaklah berwaspada bagi mengelakkan ‘kecenderungan yang berat sebelah’.
Penemubual sepatutnya aktif mencari keterangan atau penjelasan yang
melangkaui anggapan atau pendapat awal mereka, termasuk yang menunjukkan
ketakbersalahan. Dengan mengekalkan set minda sepanjang proses, penemubual
kekal objektif sebaiknya. Sepanjang temubual tersebut, mereka patut
mempertimbangkan penjelasan alternatif yang munasabah untuk diperiksa dengan
teliti bagi menghilangkan keraguan mengenai perkara yang sedang diperiksa dan
menetapkan syarat-syarat untuk keputusan yang baik.
2.43 Setiap temubual memerlukan perancangan yang mempunyai rangka butir-butir seperti
objektif, soalan spesifik yang akan ditanya, cara merekod, masa, lokasi temubual
dan orang lain yang akan berada dalam bilik temubual. Temubual yang berkesan
hendaklah mempunyai had masa dan memberi tumpuan terhadap objektif yang jelas.
Perancangan yang dibuat patut mempunyai elemen keanjalan memandangkan
setiap temubual berbeza-beza dan akan ada pertukaran yang dinamik.
2.44 Mengetahui bagaimana dan bila hendak mengemukakan bukti dan maklumat
ketika temubual ialah satu kemahiran utama bagi penemubual; ini patut menjadi
sebahagian daripada persediaan menemubual. Masa yang dipilih untuk mendedahkan
sesuatu yang berpotensi dijadikan bukti boleh menjadi cara berkesan untuk menentukan
kebolehpercayaan kata-kata orang yang ditemubual. Jika dikemukakan terlalu
awal, apa-apa maklumat yang diberikan berikutnya oleh orang yang ditemubual
mungkin hanyalah pantulan semula apa yang telah diketahuinya semasa temubual
atau apa yang difikirkannya patut untuk dikatakan, dan bukannya datang daripada
memorinya yang sebenar. Oleh yang demikian, merancang masa yang sesuai untuk
mendedahkan maklumat boleh mengurangkan risiko mencemarkan memori orang
yang ditemubual. Sebarang pendedahan bukti yang strategik hendaklah sejajar
dengan undang-undang negara berkenaan hak suspek iaitu hak mendapatkan
maklumat secukupnya mengenai tuduhan supaya boleh mencabar kesahan
tangkapan atau penahanan dengan berkesan.
2.45 Dalam membuat persediaan, penemubual patut mempertimbangkan bagaimana
hendak merekodkan apa yang dikata. Sebelum temubual, penemubual patut
memaklumkan orang yang hendak ditemubual dan peguam mereka bagaimana
temubual akan direkodkan dan mendapatkan keizinan bebas dan maklum daripada
mereka.
140
اختر الفقرة المستهدفة3
الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات