MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
ialah gender yang diterima oleh orang yang diperiksa. Kakitangan perubatan hendaklah
memastikan bahawa tahanan memberikan keizinan bebas dan penuh maklum pada
waktu sebelum dan sepanjang pemeriksaan, ujian, atau rawatan. Langkah khusus
hendaklah diambil bagi memastikan orang yang mempunyai ketidakupayaan diberi
maklumat dalam cara atau bentuk yang membolehkan mereka memberi keizinan
bebas dan penuh maklum.
2.36 Semua pemeriksaan perubatan hendaklah dijalankan jauh daripada pendengaran
dan jauh daripada penglihatan kakitangan penguatkuasa undang-undang. Dalam
kes luar biasa, jika terdapat permintaan untuk khidmat profesional kesihatan, pihak
berkuasa boleh mempertimbangkan untuk mengaturkan keselamatan khas, misalnya
seorang pegawai berada berdekatan supaya senang dihubungi atau berada dalam
jarak yang boleh melihat tetapi tidak boleh mendengar. Aturan sebegitu hendaklah
dicatatkan dalam rekod pemeriksaan dan jagaan. Penggunaan sebarang sekatan
ketika pemeriksaan perubatan hendaklah dielakkan dan sentiasa bergantung pada
penilaian keselamatan individu oleh profesional perubatan.
2.37 Semua dapatan kesihatan, mental dan fizikal, hendaklah didokumentasikan, dan
tersedia untuk tahanan dan peguamnya, dan boleh diakses jika diperlukan kemudian
untuk prosiding undang-undang. Tahanan atau suspek mempunyai hak untuk
mengakses rekod pemeriksaan dan rawatan perubatan. Kerahsiaan data perubatan
hendaklah dipatuhi dengan ketat, dan kakitangan bukan perubatan tidak boleh
mempunyai akses kepada rekod kesihatan atau laporan kecederaan, kecuali atas
dasar perlu tahu.
2.38 Individu yang hendak ditemubual hendaklah cukup sihat secara fizikal dan psikologi
untuk tujuan tersebut. Berada dalam keadaan kesihatan yang sesuai penting untuk
membantu membina kepercayan dan hubungan baik dan pemerolehan maklumat
daripada memori. Menemubual seseorang yang nampak traumatik, menderita, letih,
mabuk, atau mahupun dalam keadaan yang lemah, mungkin akan menyebabkan
mereka trauma semula, semakin mudah dipengaruhi, memberikan maklumat yang
berkualiti rendah dan memberi risiko keterangan dicabar atau ditolak dalam proses
undang-undang berikutnya. Penemubual patut menangguhkan sementara temubual
sekiranya orang yang ditemubual berada dalam keadaan tidak sihat, atau jika
profesional perubatan menasihati bahawa tahanan tidak sesuai untuk ditemubual.
Persediaan Bagi Penemubual
2.39 Sebaik sahaja seseorang individu dikenal pasti sebagai orang yang hendak ditemubual
oleh pihak berkuasa, penemubual yang dilantik hendaklah memulakan persediaan
yang menyeluruh. Kerja permulaan ini hendaklah sentiasa berada dalam lingkup
menyeluruh strategi temubual, supaya temubual tersebut diakui dalam konteks
keseluruhan penyiasatan atau operasi pengumpulan maklumat.
2.40 Persediaan yang penuh dapat meningkatkan kemampuan penemubual untuk
berkomunikasi secara berkesan dengan orang yang ditemubual, dan justeru
meningkatkan kebarangkalian mendapatkan maklumat yang boleh dipercayai. Usaha
yang dicurahkan dalam membuat perancangan mengurangkan risiko kes dibuang
akibat kesilapan teknikal atau lain-lain kesilapan yang boleh dielakkan.
139
اختر الفقرة المستهدفة3
الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات