MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA Perkara 3 Pegawai penguatkuasa undang-undang hanya boleh menggunakan kekerasan apabila betul-betul diperlukan sahaja dan setakat yang diperlukan dalam melaksanaan tugas mereka. Ulasan: (a) Peruntukan ini menekankan bahawa penggunaan kekerasan oleh pegawai penguatkuasa seharusnya suatu pengecualian; sementara ia menyatakan bahawa pegawai penguatkuasa undang-undang boleh dibenar menggunakan kekerasan sebagaimana yang diperlukan secara munasabah dalam keadaan untuk pencegahan jenayah atau melakukan atau membantu dalam penangkapan sah pesalah atau orang yang disyaki, tidak ada kekerasan yang melampau boleh digunakan. (b) Undang-undang domestik kebiasaanya menyekat penggunaan kekerasan oleh pegawai penguatkuasa undang-undang selaras dengan prinsip keberkadaran. Prinsip keberkadaran itu hendaklah dihormati dalam tafsiran peruntukan ini. Dalam hal ini, peruntukan ini tidak boleh ditafsir membenarkan penggunaan kekerasan yang tidak berkadaran dengan objektif sah yang ingin dicapai. (c) Penggunaan senjata api dianggap sebagai tindakan yang ekstrem. Segala usaha harus dilakukan untuk mengelakkan penggunaan senjata api, terutama terhadap kanakkanak. Secara amnya, senjata api tidak boleh digunakan kecuali ketika suspek melawan menggunakan senjata atau membahayakan nyawa orang lain serta tindakbalas yang kurang agresif tidak memadai untuk menahan atau menangkap suspek. Dalam setiap keadaan di mana tembakan senjata api dilepaskan, laporan harus segera dibuat kepada pihak berkuasa yang kompeten. Perkara 4 Perkara-perkara yang bersifat rahsia dalam simpanan pegawai penguatkuasa mesti disimpan sebagai rahsia, melainkan jika pelaksanaan tugas atau keperluan keadilan memerlukan sebaliknya. Ulasan: Berdasarkan tugasnya, pegawai penguatkuasa undang-undang memperolehi maklumat yang mungkin berkaitan dengan kehidupan peribadi atau berpotensi membahayakan kepentingan terutama reputasi orang lain. Penjagaan yang rapi hendaklah dilaksana dalam melindungi dan menggunakan maklumat tersebut, yang hanya patut didedahkan dalam melaksanakan tugas atau untuk memenuhi keperluan keadilan. Sebarang pendedahan maklumat tersebut untuk tujuan lain sama sekali tidak betul. Perkara 5 Tidak ada pegawai penguatkuasa undang-undang boleh mengenakan, menghasut atau bertoleransi kepada penyeksaan atau layanan dan hukuman zalim, tidak berperikemanusiaan serta menjatuhkan maruah, atau mana-mana pegawai penguatkuasa undang-undang tidak boleh menggunakan alasan perintah pihak atasan atau keadaan luar biasa seperti dalam keadaan perang atau ancaman perang, ancaman terhadap keselamatan negara, ketidakstabilan politik dalaman atau keadaan darurat awam lain sebagai justifikasi penyeksaan atau layanan dan hukuman kejam, tidak berperikemanusiaan serta menjatuhkan maruah. 114 

اختر الفقرة المستهدفة3

الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات