MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Kod Tatalaku bagi Pegawai Penguatkuasa Undang-Undang
Diterimapakai oleh resolusi Perhimpunan Agung 34/169
pada 17 Disember 1979
Perkara 1
Pegawai penguatkuasa undang-undang hendaklah pada setiap masa memenuhi tugas
yang ditetapkan oleh undang-undang ke atas mereka, dengan berkhidmat kepada
masyarakat dan melindungi semua orang daripada tindakan jenayah, selaras dengan
tanggungjawab pada tahap tertinggi yang diperlukan oleh profesion mereka.
Ulasan:
(a) Istilah “pegawai penguatkuasa undang-undang”, merangkumi semua pegawai
undang-undang, sama ada dilantik atau terpilih, yang menggunakan kuasa polis,
terutama kuasa penangkapan atau penahanan.
(b) Di negara di mana kuasa polis dijalankan oleh pihak berkuasa tentera, sama ada
berseragam atau tidak, atau oleh pasukan keselamatan Negara, definisi pegawai
penguatkuasa undang-undang termasuk pegawai perkhidmatan tersebut.
(c) Perkhidmatan kepada masyarakat bermaksud mencakupi terutamanya pemberian
perkhidmatan bantuan kepada anggota masyarakat yang disebabkan oleh alasan
peribadi, ekonomi, sosial atau kecemasan lain sangat memerlukan pertolongan segera.
(d) Peruntukan ini bertujuan tidak hanya meliputi semua tindakan ganas, pemangsa dan
tindakan berbahaya, tetapi juga meliputi pelbagai larangan di bawah undang-undang
jenayah. Ini merangkumi perlakuan oleh orang yang tidak mampu menanggung
tanggungjawab jenayah.
Perkara 2
Dalam melaksanakan tugas mereka, penguatkuasa undang-undang hendaklah
menghormati dan melindungi maruah manusia dan menjaga dan menegakkan hak asasi
semua orang.
Ulasan:
(a) Hak asasi manusia tersebut dikenal pasti dan dilindungi oleh undang-undang tempatan
dan antarabangsa. Antara instrumen antarabangsa yang relevan adalah Perisytiharan
Hak Asasi Manusia Sejagat, Kovenan Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik,
Perisytiharan Perlindungan Semua Orang dari Menjadi Mangsa Penyeksaan dan
Perlakuan atau Hukuman Zalim, Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah
Orang Lain, Perisytiharan PBB mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum,
Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum,
Konvensyen Antarabangsa Berkenaan Sekatan dan Hukuman Jenayah Apartheid,
Konvensyen mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid, Peraturan
Piawaian Minima untuk Layanan Terhadap Tahanan dan Konvensyen Vienna mengenai
Hubungan Konsular.
(b) Ulasan di peringkat nasional terhadap peruntukan ini harus mengenalpasti peruntukan
serantau atau nasional yang melindungi hak-hak ini.
113
اختر الفقرة المستهدفة3
الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات