MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA viii. Aduan yang dibuat terhadap salah laku pegawai polis tidak diambil tindakan; ix. Kemahiran komunikasi yang kurang di kalangan pegawai polis dan / atau di pihak ‘lain’. Berdasarkan kajian tersebut, salah laku polis boleh dicegah melalui keadaan berikut: i. Interaksi yang baik antara satu unit dengan unit yang lain dalam pasukan polis. ii. Akses komunikasi yang baik antara pengurusan tertinggi dengan pegawai dan anggota polis. iii. Persekitaran kerja yang pelbagai. iv. Pengurusan mengiktiraf pegawai polis yang berdedikasi dan menjadi contoh kepada masyarakat. v. Kesedaran pegawai polis berkaitan hak asasi manusia dan maruah diri manusia. vi. Hubungan baik pasukan polis dengan masyarakat awam yang berbeza, termasuk kumpulan minoriti. vii. Tidak terlalu mengutamakan kepentingan kumpulan sendiri semata-mata. viii. Kepelbagaian komposisi (umur, jantina, etnik, asal) pasukan polis. ix. Khidmat kaunseling dan sokongan psiko-sosial disediakan setelah menjalankan operasi sukar dan untuk jangka masa panjang. Soalan Perbincangan 1. Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan faktor yang mendorong berlakunya penggunaan kekasaran melampau atau penyeksaan oleh pihak polis? 2. Sekiranya anda ditugaskan oleh kerajaan untuk mengemukakan syor bagi mengatasi isu penyeksaan yang berlaku dalam siasatan polis, apakah syor yang akan dikemukakan dengan mengambilkira faktor yang telah dikenalpasti? Aktiviti 2: “Role Play” dan Kajian Kes Tujuan: Aktiviti ini bertujuan meneliti situasi keadaan-keadaan di mana penyeksaan berlaku dan langkah pencegahan. Bahan: Kajian kes Tempoh masa: 30 Minit Kaedah pelaksanaan a. Peserta setiap kumpulan boleh memilih salah satu dari 3 situasi kes dan membincangkan menerusi perbincangan meja bulat. b. Bahagikan peserta kepada enam kumpulan. c. Kes penculikan: Setiap kumpulan mengambil satu peranan seperti berikut: i. bapa mangsa; ii. ibu suspek; 96 

اختر الفقرة المستهدفة3

الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات