MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Aktiviti 1: Faktor yang membawa penyeksaan dan langkah pencegahan
Tujuan:
Aktiviti ini bertujuan memberi peluang kepada peserta membincangkan secara kritikal
faktor berlakunya penyeksaan dalam siasatan dan langkah pencegahan yang boleh
diambil untuk mengatasinya.
Bahan: Kertas mahjong, pen marker dan soalan perbincangan
Tempoh masa: 30 Minit
Kaedah pelaksanaan
1. Bahagikan peserta kepada beberapa kumpulan, setiap kumpulan mempunyai 5 hingga
8 orang.
2. Setiap kumpulan disediakan kertas mahjong dan pen marker. Lantik seorang jurutulis
dan seorang pembentang untuk setiap kumpulan.
3. Setiap kumpulan diberikan senarai pernyataan serta soalan perbincangan seperti di
bawah untuk perbincangan. Masa yang mencukupi diberikan untuk setiap kumpulan
berbincang. Setiap pandangan yang dikemukakan perlu kepada fakta dan alasan
yang munasabah.
4. Setelah perbincangan selesai, jurutulis akan menulis hasil perbincangan di atas kertas
mahjong dan pembentang akan membentangkan hasil perbincangan tersebut.
5. Kumpulan lain digalakkan memberikan maklum balas atau soalan terhadap pandangan
yang dibentangkan selaras dengan hak kebebasan bersuara.
6. Tenaga pengajar memberikan pandangan sekiranya terdapat pandangan yang tidak
selari dengan konsep dan prinsip-prinsip hak asasi manusia.
Senarai pernyataan dan soalan perbincangan
Kemarahan orang awam terhadap pasukan polis di Jerman meningkat selepas beberapa
insiden penyeksaan yang dilakukan oleh pegawai polis. Satu kajian18 telah dijalankan dan
mengenalpasti faktor yang menyumbang kepada salah laku polis. Berikut merupakan faktor
utama yang menyumbang kepada kekasaran polis:
i. Pengasingan pasukan polis dari organisasi lain dan masyarakat;
ii. Terdapat unit rahsia di dalam pasukan polis;
iii. Dominasi lelaki, selalunya dari latar belakang sosio ekonomi yang rendah;
iv. Persekitaran kerja yang tidak fleksibel dan kehidupan sosial pegawai polis
yang bermasalah;
v. Mereka yang melakukan salah laku terlepas daripada hukuman;
vi. Steriotaip terhadap kumpulan tertentu oleh pegawai polis;
vii. Tindakan sebahagian orang dari kumpulan berkenaan yang menyokong
steriotaip tersebut;
Behr, R. (2006), Polizeikultur. Routinen – Rituale – Reflexionen. Bausteine zu einer Theorie der Praxis der Polizei,
Wiesbaden, VS Verlag für Sozialwissenschaften.
18
95
اختر الفقرة المستهدفة3
الاتصال بفقرة
Connect to an entity
Disable highlights
أضف إلى جدول المحتويات