SUHAKAM
Jadual 17: Data Pengalaman Mengajar Guru SK Sungai Tiang Tahun 2008
Bil
1.
2.
3.
4.
5.
Tahun Mengajar
30 tahun
6 tahun
2 tahun
1 tahun 7 bulan
7 bulan
iii.
6.1.9
Gred. Jawatan
DG 32
DG 41
GSTT (DG 41)
DG 41
DG 41
Jumlah
1
1
1 (guru Pemulihan)
2
3
Terdapat juga aduan ibu bapa mengenai guru memukul murid sehingga
murid berasa takut untuk datang ke sekolah. Guru ini juga dimaklumkan
telah melakukan salah laku yang mencemarkan nama penjawat awam
tetapi pihak berkenaan lewat mengambil tindakan.
Sikap ibu bapa dan murid Orang Asli
i.
ii.
iii.
iv.
v.
Ada di kalangan ibu bapa Orang Asli tidak memberi penekanan
kepada pendidikan anak-anak mereka walaupun pelbagai usaha telah
dijalankan oleh pelbagai jenis agensi kerajaan dan NGO.
Terdapat murid Orang Asli yang mengakui mereka malas dan tidak
berminat langsung untuk pergi ke sekolah sebaliknya lebih suka
bermain atau mahu berkahwin.
Terdapat ibu bapa yang mempunyai mentaliti subsidi yang tinggi
sehinggakan kesemua perbelanjaan persekolahan anak mereka perlu
ditanggung oleh kerajaan termasuk makan dan minum anak-anak
mereka.
Terdapat ibu bapa dan murid yang tidak menghargai bahan-bahan
bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka, seperti menjaga
kesempurnaan barangan tersebut sehinggakan banyak yang hilang
atau rosak. Contohnya kasut, pakaian sekolah, buku teks, buku tulis
dan alat tulis. Hal yang sama dengan penjagaan keselamatan dan
kesempurnaan alat kemudahan dan kelengkapan dalam bilik darjah
dan sekolah.
Melalui perbincangan bengkel, didapati masih terdapat ibu bapa yang
tidak tahu adanya bantuan daripada KPM dan JHEOA seperti KWAPM,
RMT, kelengkapan asrama dan uniform aktiviti kokurikulum.
53