SUHAKAM Jadual 17: Data Pengalaman Mengajar Guru SK Sungai Tiang Tahun 2008 Bil 1. 2. 3. 4. 5. Tahun Mengajar 30 tahun 6 tahun 2 tahun 1 tahun 7 bulan 7 bulan iii. 6.1.9 Gred. Jawatan DG 32 DG 41 GSTT (DG 41) DG 41 DG 41 Jumlah 1 1 1 (guru Pemulihan) 2 3 Terdapat juga aduan ibu bapa mengenai guru memukul murid sehingga murid berasa takut untuk datang ke sekolah. Guru ini juga dimaklumkan telah melakukan salah laku yang mencemarkan nama penjawat awam tetapi pihak berkenaan lewat mengambil tindakan. Sikap ibu bapa dan murid Orang Asli i. ii. iii. iv. v. Ada di kalangan ibu bapa Orang Asli tidak memberi penekanan kepada pendidikan anak-anak mereka walaupun pelbagai usaha telah dijalankan oleh pelbagai jenis agensi kerajaan dan NGO. Terdapat murid Orang Asli yang mengakui mereka malas dan tidak berminat langsung untuk pergi ke sekolah sebaliknya lebih suka bermain atau mahu berkahwin. Terdapat ibu bapa yang mempunyai mentaliti subsidi yang tinggi sehinggakan kesemua perbelanjaan persekolahan anak mereka perlu ditanggung oleh kerajaan termasuk makan dan minum anak-anak mereka. Terdapat ibu bapa dan murid yang tidak menghargai bahan-bahan bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka, seperti menjaga kesempurnaan barangan tersebut sehinggakan banyak yang hilang atau rosak. Contohnya kasut, pakaian sekolah, buku teks, buku tulis dan alat tulis. Hal yang sama dengan penjagaan keselamatan dan kesempurnaan alat kemudahan dan kelengkapan dalam bilik darjah dan sekolah. Melalui perbincangan bengkel, didapati masih terdapat ibu bapa yang tidak tahu adanya bantuan daripada KPM dan JHEOA seperti KWAPM, RMT, kelengkapan asrama dan uniform aktiviti kokurikulum. 53

اختر الفقرة المستهدفة3