LAPORAN STATUS HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK ORANG ASLI 4.2 4.3 iv Pemerolehan Dokumen Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan JHEOA dicadangkan supaya menjalankan lebih banyak ’Operasi Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan’ seperti yang dijalankan di Gua Musang, Kelantan dan Grik, Perak. Operasi tersebut terbukti berjaya mengurangkan bilangan kanakkanak Orang Asli yang tidak mempunyai sijil kelahiran dan kad pengenalan. Bantuan Peralatan dan Kelengkapan Persekolahan JHEOA dan KPM disarankan agar menilai semula sistem pemantauan pengurusan bantuan dari aspek kualiti dan kuantiti bahan serta piawaian bahan ke daerah pedalaman. 4.4 Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Pihak sekolah disyorkan supaya mengamalkan konsep sekolah mesra murid terutamanya mengenai agihan RMT di sekolah murid Orang Asli supaya tidak timbul salah faham dan rungutan daripada pelajar dan ibu bapa. 4.5 Bantuan Kewangan JHEOA dan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) i. Jabatan Pelajaran Negeri sewajarnya mengambil langkah bagi memastikan tidak berlaku pencairan maklumat kepada pegawai pelajaran daerah, pengetua, guru besar dan guru-guru, khasnya di sekolah yang ada murid Orang Asli dan juga sekolah pedalaman. ii. Bantuan kepada kanak-kanak Orang Asli haruslah sampai pada waktunya kepada mereka yang berhak tanpa berlaku kelewatan. 4.6 Keprihatinan Pengetua, Guru Besar dan Guru-Guru i. Pihak pengurusan sekolah dan guru-guru di sekolah menengah dan rendah yang mempunyai murid Orang Asli perlulah mempunyai sikap mesra Orang Asli. Keprihatinan pihak pengurusan sekolah dan guru-guru akan menyebabkan murid-murid ini merasa harga diri dan maruah mereka terjaga. ii. Adalah dicadangkan supaya pihak ibu bapa dan komuniti setempat dilibatkan seramai dan sekerap mungkin dalam aktiviti dan program sekolah supaya mereka dapat merasakan bahawa mereka turut menyumbang kepada pendidikan anak mereka.

اختر الفقرة المستهدفة3