LAPORAN STATUS HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK ORANG ASLI
4.2
4.3
iv
Pemerolehan Dokumen Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan
JHEOA dicadangkan supaya menjalankan lebih banyak ’Operasi Sijil Kelahiran
dan Kad Pengenalan’ seperti yang dijalankan di Gua Musang, Kelantan dan
Grik, Perak. Operasi tersebut terbukti berjaya mengurangkan bilangan kanakkanak Orang Asli yang tidak mempunyai sijil kelahiran dan kad pengenalan.
Bantuan Peralatan dan Kelengkapan Persekolahan
JHEOA dan KPM disarankan agar menilai semula sistem pemantauan
pengurusan bantuan dari aspek kualiti dan kuantiti bahan serta piawaian
bahan ke daerah pedalaman.
4.4
Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Pihak sekolah disyorkan supaya mengamalkan konsep sekolah mesra murid
terutamanya mengenai agihan RMT di sekolah murid Orang Asli supaya tidak
timbul salah faham dan rungutan daripada pelajar dan ibu bapa.
4.5
Bantuan Kewangan JHEOA dan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin
(KWAPM)
i.
Jabatan Pelajaran Negeri sewajarnya mengambil langkah bagi
memastikan tidak berlaku pencairan maklumat kepada pegawai
pelajaran daerah, pengetua, guru besar dan guru-guru, khasnya di
sekolah yang ada murid Orang Asli dan juga sekolah pedalaman.
ii.
Bantuan kepada kanak-kanak Orang Asli haruslah sampai pada
waktunya kepada mereka yang berhak tanpa berlaku kelewatan.
4.6
Keprihatinan Pengetua, Guru Besar dan Guru-Guru
i.
Pihak pengurusan sekolah dan guru-guru di sekolah menengah dan
rendah yang mempunyai murid Orang Asli perlulah mempunyai
sikap mesra Orang Asli. Keprihatinan pihak pengurusan sekolah dan
guru-guru akan menyebabkan murid-murid ini merasa harga diri dan
maruah mereka terjaga.
ii.
Adalah dicadangkan supaya pihak ibu bapa dan komuniti setempat
dilibatkan seramai dan sekerap mungkin dalam aktiviti dan program
sekolah supaya mereka dapat merasakan bahawa mereka turut
menyumbang kepada pendidikan anak mereka.