LAPORAN STATUS HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK ORANG ASLI 7.8 Penempatan Guru Besar dan Guru i. 7.9 Sikap ibu bapa dan murid Orang Asli i. ii. 7.10 ii. Dicadangkan supaya JHEOA dapat mengumpul data dan maklumat mengenai di mana terdapat anak-anak Orang Asli yang tidak bersekolah. Maklumat seperti ini akan dapat membantu KPM merancang kaedah yang sesuai bagi memastikan semua kanak-kanak Orang Asli bersekolah. Isu kanak-kanak yang tidak bersekolah langsung akibat tiada kemudahan adalah satu perkara yang serius. Selain tidak memenuhi peruntukan Artikel 26 dalam UDHR dan Artikel 28 dalam CRC mengenai hak mendapat pendidikan, ianya bertentangan dengan dasar mengenai Pendidikan Wajib untuk semua kanak-kanak terutamanya pendidikan sekolah rendah. Satu Agensi Untuk Mengurus Pendidikan Orang Asli   i. 62 Ibu bapa yang masih tidak memberi penekanan terhadap kepentingan pendidikan anak-anak mereka boleh dibantu untuk mengubah sikap mereka. Program motivasi yang sedang dilaksanakan oleh JHEOA boleh ditinjau lagi untuk meningkatkan keberkesanannya. JHEOA dan KPM dicadangkan untuk melibatkan masyarakat Orang Asli dalam pembentukan dasar dan peraturan mengenai pembelajaran anak-anak supaya pandangan dan idea mereka diambilkira. Ini akan meningkatkan lagi rasa tanggungjawab mereka. Kanak-Kanak Yang Tidak Dapat Bersekolah i. 7.11 KPM dan Jabatan Pelajaran Negeri diharap dapat membekalkan guru-guru berpengalaman dan dedikasi ke sekolah-sekolah di mana terdapat ramai anak-anak Orang Asli untuk mengurangkan masalah pembelajaran mereka. KPM telah menubuhkan unit khas bagi menyelaras isu-isu pendidikan kaum pribumi di Bahagian Pendidikan Khas. Diharap unit khas ini dapat membentuk kerjasama yang erat dengan JHEOA untuk memudahkan penyelarasan dan keberkesanan fungsi unit khas ini. SUHAKAM bersetuju dengan cadangan yang telah dibangkitkan berkali-kali oleh masyarakat Orang Asli yang ingin melihat hal-hal pendidikan dikendalikan oleh satu agensi sahaja.

اختر الفقرة المستهدفة3