SUHAKAM 7.6 Keprihatinan Pengetua, Guru Besar dan Guru-Guru i. ii. iii. 7.7 Pihak pengurusan sekolah dan guru-guru di sekolah menengah dan rendah yang mempunyai murid Orang Asli diharap benar dapat mengamalkan sikap mesra Orang Asli. Keprihatinan pihak pengurusan sekolah dan guru-guru akan dapat meningkatkan harga diri dan maruah anak-anak Orang Asli. Adalah dicadangkan supaya pihak ibu bapa dan komuniti setempat dilibatkan seramai dan sekerap mungkin dalam aktiviti dan program sekolah supaya mereka dapat merasakan bahawa mereka turut menyumbang kepada pendidikan anak mereka. Adalah dicadangkan supaya pihak pengurusan dan guruguru berkenaan berusaha untuk memahami adat resam dan budaya serta latar belakang kaum Orang Asli untuk meningkatkan kesefahaman dan kemesraan di kalangan mereka.   Pengajaran dan Pembelajaran i. ii. iii. iv. v. KPM mungkin dapat meninjau semula pendekatan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid Orang Asli memandangkan mereka datang dari latar belakang budaya dan cara hidup yang agak berlainan dari kanak-kanak arus perdana. Punca kenapa masih ramai murid Orang Asli tidak dapat menguasai kemahiran 3M perlu dikenalpasti. Tanpa menjejaskan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, KPM diharap dapat mempertimbangkan penggunaan bahasa ibunda Orang Asli di mana sesuai dan jika keadaan mengizinkan, terutama di tahap awal persekolahan untuk memastikan murid tidak menghadapi masalah komunikasi dan memahami pengajaran guru. Tetapi, apabila murid-murid ini telah dapat memahami Bahasa Melayu, pengajaran/pembelajaran hendaklah dilaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu. Keberkesanan Kurikulum Bersepadu Murid Orang Asli dan Penan (KAP) ditingkatkan dari segi pengisian kurikulum, latihan guru dan kesesuaian bahan bantu mengajar. KPM boleh menyelitkan pengetahuan kemahiran hidup yang sesuai dengan keperluan seharian Orang Asli bagi murid yang lemah dan tidak menguasai kemahiran asas 3M serta berkemungkinan tidak akan menamatkan pelajaran. Pihak sekolah harus mengurus Pusat Sumber Sekolah dengan baik supaya semua bahan seperti komputer, TV, carta, gambar, buku rujukan dan buku bacaan yang ada boleh diguna dan dimanfaatkan oleh warga sekolah. 61

اختر الفقرة المستهدفة3