LAPORAN STATUS HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK ORANG ASLI (2) “Tiada kanak-kanak Orang Asli yang pergi ke mana-mana sekolah boleh diwajibkan menghadiri apa-apa pengajaran agama melainkan jika persetujuan bapanya atau ibunya jika bapanya telah mati, atau penjaganya, jika kedua-dua ibu bapanya telah mati, telah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah terlebih dahulu dan disampaikan oleh Ketua Pengarah secara bertulis kepada guru besar sekolah berkenaan itu.”2 (3) “Mana-mana orang yang bertindak dengan melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit.” 2.3 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & Peraturan-Peraturan Terpilih (Hingga 15hb Disember 2003) Pada tahun 2003,3 Akta Pelajaran 1996 telah dipinda untuk menjadikan pendidikan asas iaitu pendidikan sekolah rendah adalah wajib. Ini bermakna setiap kanak-kanak berusia 6-12 tahun harus mengikuti sistem persekolahan (sekolah rendah). Pindaan ini adalah selaras dengan Konvensyen Hak Kanak-Kanak. Pindaan ini mempunyai implikasi yang tinggi terhadap komuniti Orang Asli kerana tidak semua kanak-kanak Orang Asli yang bersekolah. Berikut adalah seksyen 29(a) yang telah dipinda untuk menjadikan pendidikan sekolah rendah wajib. Seksyen 29 (A) (1) menyatakan “Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan pendidikan rendah menjadi pendidikan wajib”. (2) tiap-tiap ibu bapa yang merupakan warganegara Malaysia yang tinggal di Malaysia hendaklah memastikan bahawa jika anaknya telah mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa anak itu didaftarkan sebagai murid di sekolah rendah dalam tahun itu dan terus menjadi murid di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib. 2 Menurut En. Lim Heng Seng dari Lee Hishamuddin, Allen & Gledhill dalam kertas beliau “The Rights of Orang Asli as prescribed in The Current Laws of Malaysia” yang dibentangkan dalam The In-Depth Discussion on Native Customary Land Rights of The Orang Asli anjuran SUHAKAM pada 13 Jun 2009 menyatakan “Rights To Education…in regard to education no positive obligations are imposed; General rights is found in Federal Constituation and Education Act; and however, the Act Section 17(2) prohibits the exclusion of any Orang Asli children from attending any school…” 3 Pendidikan Wajib dan Percuma bagi sekolah rendah diwartakan pada tahun 2002 dan berkuatkuasa pada tahun 2003 12

اختر الفقرة المستهدفة3