Berhormat Sivarasa Rasiah sedang bercakap dengan beberapa Pegawai PDRM
dan kemudiannya YB R Sivarasa dilihat ditahan oleh PDRM. W22 kemudiannya
mengatakan bahawa beliau melihat tembakan gas pemedih mata dan meriam
air dilepaskan di sekitar Jalan Pudu dan W22 dapat merasakan kesan gas pemedih
mata ketika itu. W22 mengatakan bahawa wap tembakan gas pemedih mata
memasuki kawasan HTS dan tembakan meriam air mengenai perkarangan HTS
dan tempat letak kereta berbumbung HTS.
88.
W22 menyatakan bahawa kira-kira jam 4.00 petang, tembakan meriam air sekali
lagi telah dilepaskan ke arah HTS dan tembakan gas pemedih mata telah
memasuki perkarangan HTS. W22 juga menyaksikan pihak PDRM telah mengejar
peserta-peserta perhimpunan dan memasuki perkarangan HTS. W22 menyatakan
bahawa beliau melihat beberapa peserta dipukul oleh anggota-anggota Polis
yang melakukan tangkapan berkenaan. Walau bagaimanapun, W22 tidak cam
anggota-anggota yang didakwa melakukan kekerasan tersebut.
89.
Yap Jee Kit (W11) juga menyatakan bahawa beliau merasakan kesan gas
pemedih mata dan yang dilepaskan oleh PDRM di sekitar jalan Pudu pada kira-kira
jam 3 petang dan beliau telah lari ke HBC untuk mencari perlindungan dan W11
juga melihat kelongsong gas pemedih mata di tempat letak kereta HBC.
90.
W11 yang ditangkap di HBC menyatakan bahawa rupa bentuk bumi di HBC
menyebabkan tiada akses untuk peserta bersurai.
91.
ASP Halimi bin Hamidi (W21) adalah merupakan Pegawai Operasi yang
bertanggungjawab di dalam menyelia dan menilai penggunaan meriam air. W21
menyatakan bahawa sebagai garisan panduan am, penggunaan gas pemedih
mata dan meriam air tidak boleh digunakan dalam kawasan-kawasan sensitif
seperti rumah ibadat dan hospital. Walau bagaimanapun, W21 menyatakan
bahawa beliau tidak diberi sebarang taklimat tentang kewujudan kawasan
berkepentingan awam seperti Hospital dan tempat ibadat di sekitar kawasan
operasi pada 9 Julai 2011. W21 menyatakan bahawa beliau hanya menyedari
kewujudan HTS selepas tembakan meriam air dilakukan buat kali pertama di
kawasan HTS pada kira-kira jam 3.13 petang.
21