penyataan W6 bahawa kecederaan itu berlaku akibat terkena kenderaan PDRM sebelum W6 jatuh ke jalan. 83. Panel berpendapat, kecederaan W6 berpunca daripada pelanggaran dengan kenderaan PDRM. Walau bagaimanapun tidak terdapat bukti konklusif mengenai cara pelanggaran itu berlaku, sama ada kenderaan PDRM telah melanggar W6 dan W7 atau W6 dan W7 sendiri yang melanggar kereta berkenaan dalam usaha mereka untuk mengelakkan diri dari ditangkap atau pelanggaran tersebut berlaku dengan begitu saja tanpa sesiapa yang melakukannya dengan sengaja. SYOR-SYOR 84. Panel berpendapat bahawa walaupun PDRM mempunyai kuasa dan sebab yang sah di sisi undang-undang untuk melakukan tangkapan, cara yang digunakan untuk melaksanakan penahanan terhadap mana-mana individu haruslah bersesuaian dengan kesalahan. 85. Prinsip hak asasi dan keselamatan terhadap anggota mahupun individu yang hendak ditahan haruslah diutamakan di mana satu garis panduan haruslah diwujudkan oleh PDRM mengenai cara-cara yang boleh digunakan oleh anggotaanggota PDRM dalam melakukan tangkapan. 86. Rawatan segera haruslah diberikan kepada mana-mana individu yang ditahan. Pegawai atau anggota yang melakukan tangkapan juga sepatutnya membuat penilaian yang objektif di mana sekiranya kecederaan berkemungkinan besar berlaku semasa proses penahanan, bantuan perubatan haruslah diberikan dengan segera. Hospital Tung Shin (HTS) DAN Hospital Bersalin Cina (HBC) 87. Dr Ng Kwee Boon (W22) menyatakan bahawa beliau bertugas di Hospital Tung Shin pada 9 Julai 2011. Pada kira-kira jam 2.30 hingga 3.00 petang, beliau berada di kawasan tempat letak kereta HTS. W22 mengatakan bahawa beliau melihat Yang 20

اختر الفقرة المستهدفة3