53. ACP Wan Abdul Bari bin Wan Abdul Khalid (W25) adalah Pegawai Medan kawasan berkenaan pada hari tersebut. W25 menyatakan bahawa tembakan gas pemedih mata dibuat untuk menyuraikan peserta-peserta perhimpunan dan bukannya untuk mencederakan peserta. PENEMUAN 54. Melalui keterangan W4 dan W11, mereka menyertai perhimpunan berkenaan untuk menyuarakan pendapat mereka berkenaan isu-isu yang dibangkitkan oleh BERSIH 2.0. 55. W4 telah ditangkap kerana memakai baju yang dikaitkan dengan perhimpunan BERSIH 2.0. 56. W4 tidak dimaklumkan sebab tangkapan oleh pihak PDRM. 57. W4 mengalami kecederaan di bahagian anggota badan seperti yang dinyatakan dan disokong oleh laporan perubatan dan tidak menerima sebarang rawatan sepanjang tempoh penahanan beliau. 58. Tiada saksi bebas dapat menyokong kenyataan W4 dan W11 bahawa mereka telah disembur dengan semburan lada sulah atau dimaki dengan kata-kata kesat oleh anggota-anggota PDRM. 59. Melalui kenyataan saksi-saksi, W4 tidak bertindak agresif dan hanya menggunakan hak beliau untuk berhimpun dan bersuara. Perlakuan yang berada di dalam sekumpulan peserta tidak menunjukkan beliau bertindak agresif dan atau bakal mencetuskan huru-hara. Saksi juga menyatakan bahawa tiada senjata dapat dilihat dibawa oleh mana-mana peserta termasuklah W4. 60. Berdasarkan kenyataan saksi-saksi dan laporan perubatan, W4 dan W11 (kecuali W11 tidak mengemukakan laporan perubatan) telah mengalami kecederaan tetapi tidak dapat dibuktikan dengan jelas kerana tiada saksi lain yang dapat 15

اختر الفقرة المستهدفة3