48. W11 mengatakan bahawa ketika itu beliau telah disepak beberapa kali dan merayu supaya tidak dipukul tetapi tidak diendahkan walaupun beliau tidak melawan. W11 juga mendakwa beliau telah disepak oleh seorang anggota Polis dan menerima cacian daripada beberapa anggota PDRM semasa dibawa ke tempat pengumpulan tangkapan di hadapan Menara Maybank. 49. W11 mengatakan bahawa beliau tidak dapat mengenali anggota-anggota yang didakwa melakukan kekasaran dan mencerca beliau kerana walaupun mereka lengkap berpakaian seragam tetapi tidak ada tanda nama atau nombor pengenalan. 50. W11 tidak mengemukakan sebarang laporan perubatan untuk menyokong keterangan beliau di mana W11 hanya mengemukakan gambar-gambar yang menunjukkan kecederaan kepada Panel. Fayyadh Afiq Albakqry 51. Fayyadh Afiq Albakqry (W27) menyatakan bahawa beliau bertugas sebagai pengawal peribadi seorang individu yang menyertai perhimpunan berkenaan. W27 menyatakan bahawa semasa mengiringi individu berkenaan melalui kawasan perhentian bas di bahagian bawah KL Sentral, beliau telah terkena kelongsong gas pemedih mata yang dikatakan ditembak ke arah individu berkenaan. W27 menganggarkan bahawa jarak penembak dan beliau adalah sekitar 50 meter. 52. W27 mengalami kecederaan di bahagian muka dan kecederaan ini disahkan oleh Dr Mohd Nor bin Awang (W28), perunding pakar di dalam bidang Oral dan MaxilloFacial. W28 menyatakan bahawa berdasarkan keadaan luka yang berbentuk bulat pada muka W27 dan juga keretakan tulang pada tulang pipi yang dialami oleh W27, kecederaan tersebut adalah konsisten dengan hentaman kuat oleh objek tumpul yang dilepaskan dengan menggunakan kuasa yang kuat dan di dalam situasi ini berkemungkinan besar adalah berpunca dari hentaman dengan kelongsong gas pemedih mata. W28 juga menyatakan bahawa sekiranya hentaman tersebut mengenai bahagian tengkorak ianya mungkin akan menyebabkan kematian. 14

اختر الفقرة المستهدفة3