MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
-
Lautsi lawan Itali:1
o Dalam kes ini, Kerajan Itali berjaya membatalkan permohonan Lautsi
kepada Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah agar lambang salib di
dalam bilik darjah anak beliau ditanggalkan dengan alasan ia adalah
pelanggaran kebebasan beragama dan prinsip sekularisme. Mahkamah
menerima penjelasan kerajaan Itali bahawa kehadiran salib di bilik darjah
merupakan kesinambungan perkembangan sejarah Itali yang dianggap
penting untuk dikekalkan.
o Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah pada 18 Mac 2011 telah memutuskan
bahawa peruntukan dalam undang-undang Itali yang mewajibkan
lambang salib digantung di dalam bilik darjah sekolah tidak melanggar
Konvensyen Eropah Mengenai Hak Asasi Manusia. Mahkamah
berpendapat bahawa keputusan untuk mengekalkan tradisi atau tidak,
berada di dalam ruang lingkup ‘margin of appreciation’.
o Oleh itu, Mahkamah bersetuju bahawa kerajaan menikmati ‘margin of
appreciation’ untuk mengharmonikan pelaksanaan tanggungjawab
berkaitan dengan pendidikan dengan menghormati hak ibu bapa bagi
memastikan pendidikan dan pengajaran tersebut sesuai dengan fahaman
mereka.
-
Dahlab lawan Switzerland:2
o Dalam kes ini, Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah menolak saman yang
dikemukakan oleh Dahlab, seorang guru sekolah rendah di Switzerland
berhubung larangan pihak sekolah daripada beliau memakai tudung
semasa menjalankan tugas mengajar dengan alasan ia melanggar prinsip
neutraliti di dalam sekolah walaupun tiada aduan diterima daripada ibu
bapa atau murid.
o Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah pada 15 Februari 2001 menegaskan
bahawa pihak berkuasa Geneva tidak melampaui ‘margin of appreciation’
dalam menilai keperluan campur tangan ke atas kebebasan guru untuk
memanifestasi agamanya dalam melindungi murid untuk menerima
pendidikan tanpa pengaruh agama.
o Oleh itu, campur tangan tersebut dianggap wajar dan berkadaran
untuk melindungi kebebasan orang lain sebagaimana dalam
batasan Perkara 9 Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia.3
Lautsi v. Italy, App. No. 30814/06, 2011 ECtHR (G.C.). Boleh diakses di pautan berikut https://hudoc.echr.coe.int/
app/conversion/pdf/?library=ECHR&id=001-104040&filename=001-104040.pdf
2
Dahlab v. Switzerland, App. No. 42393/98, 2001 ECtHR. Boleh diakses di pautan berikut: http://hudoc.echr.coe.
int/eng?i=001-22643
3
Article 9 ECHR:
1. Setiap orang mempunyai hak kepada kebebasan berfikir, hati nurani dan agama; hak ini merangkumi
kebebasan untuk menukar agamanya atau kepercayaan dan kebebasan, sama ada bersendiri atau
dalam komuniti dengan orang lain dan secara terbuka atau privasi, untuk memanifestasikan agama atau
kepercayaannya, dalam ibadah, pendidikan, pengamalan dan kepatuhan.
2. Kebebasan untuk memanifestasi agama atau kepercayaan seseorang adalah hanya tertakluk kepada
had yang ditetapkan oleh undang-undang dan perlu dalam masyarakat demokratik demi kepentingan
keselamatan awam, untuk perlindungan ketenteraman awam, kesihatan atau moral, atau untuk perlindungan
hak dan kebebasan orang lain.
1
7