MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA a. Panduan umum penggunaan senjata api • Secara asasnya penggunaan senjata api hanya dibenarkan dalam situasi berikut:  keadaan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri;  untuk mempertahankan diri sendiri atau melindungi diri orang lain daripada bahaya yang mengancam nyawa atau kecederaan serius.  Untuk menghalang perlakuan jenayah serius yang mengancam nyawa atau untuk menangkap atau menghalang individu yang boleh memberi ancaman nyawa daripada melarikan diri atau melawan usaha menghalang perlakuan jenayah berat tersebut;  Selepas pendekatan yang kurang berbahaya tidak memadai; atau  Penggunaan kekerasan yang membahayakan nyawa dan apabila tidak dapat dielakkan untuk melindungi nyawa manusia. • Prosedur menggunakan senjata api:  Pegawai hendaklah memperkenalkan diri sebagai pegawai polis  Pegawai hendaklah memberikan amaran yang jelas  Pegawai memberikan masa yang memadai untuk amaran yang diberikan dipatuhi  TETAPI prosedur ini tidak diperlukan sekiranya kelewatan bertindak akan menyebabkan kematian atau kecederaan serius kepada pegawai atau orang lain, atau jika jelas bahawa keadaan tidak sesuai untuk mematuhi prosedur tersebut. • Selepas senjata api digunakan:  Bantuan perubatan diberikan kepada semua yang tercedera  Saudara terdekat mereka yang terkesan dimaklumkan  Siasatan dijalankan dengan segera  Laporan penuh dan lengkap insiden tersebut disediakan. Aktiviti 3: Senario Tangkapan Tujuan: Aktiviti ini bertujuan membincangkan senario-senario di mana tangkapan dilakukan secara sah. Bahan: Senario-senario kes perbincangan, kertas dan pen Tempoh masa: 20 Minit Kaedah pelaksanaan a. Baca senario kes di bawah dan minta setiap peserta menulis jawapan serta alasan di atas kertas. Anda bertanggungjawab membuat sekatan jalan raya. Kenderaan berikut melalui sekatan jalanraya tersebut. Siapakah yang akan anda tangkap? Berikan alasan jawapan tersebut. 1. Kereta Proton Saga lama tanpa nombor plat. Pemandu dan penumpang mempunyai dokumen yang diperlukan seperti lesen memandu, kad pengenalan diri, cukai jalan 68 

Выберите целевой абзац3