MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA 5. Modul 5: Larangan Penyeksaan dan Layanan serta Hukuman Kejam, Tidak Berperikemanusiaan serta Menjatuhkan Maruah Modul ini menjelaskan mengenai konvensyen antarabangsa berkaitan penyeksaan, definisi penyeksaan, perbezaan antara perlakuan yang sah dan perlakuan yang tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah. Modul ini juga membincangkan hubungan antara larangan penyeksaan, layanan tidak berperikemanusiaan dan menjatuhkan maruah, dan prinsip keperluan dan keberkadaran, salah laku polis dan akibatnya. Modul latihan ini juga dilengkapi dengan soalan penilaian kefahaman kursus untuk tenaga pengajar mengukur tahap pengetahuan peserta sebelum dan selepas latihan. Adalah diharapkan agar penggunaan modul latihan ini dapat meningkatkan peranan polis sebagai pendukung undang-undang termasuk hak asasi manusia. Pelbagai penulisan akademik dan juga modul latihan sama ada dalam atau luar negara telah dirujuk dalam menghasilkan modul ini. Senarai rujukan tersebut disertakan di akhir modul ini. Dalam membangunkan modul ini, SUHAKAM telah mengadakan dua bengkel pemurniaan iaitu bengkel pemurnian dalaman pada 27 dan 28 April 2021 dan bengkel pemurniaan bersama PDRM pada 23 hingga 25 November 2021 bagi memastikan bahawa modul yang dihasilkan ini sesuai digunakan oleh PDRM. SUHAKAM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membangunkan modul latihan ini. Secara khususnya, SUHAKAM ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung menghasilkan modul latihan ini: SUHAKAM Pesuruhjaya Datuk Lok Yim Pheng dan Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh. Pegawai-Pegawai Rafidah Yahya, Shahizad Sulaiman, Lee Pei Hsi, Mohamad Azizi Azmi, Syamsul Azhar Zamani, Wan Norhafizah Junid, Siti Rahayu Mohamed Noor, Norashikin Hamzah, Muhammad Faiz Abd Rahman, Muhammad Syafiq Ikhwan Ghazali, Nur Adlin Abdul Ghaffar, Aida Suraya Haron, Yustina Ishak, Ahmad Afifi Ramli, Sarah Adibah Hamzah, Mohd Shafik Md Sharif, Sara Warda Ibrahim, Nur Liyana Adlin Mohd Nasarudin dan Noor Fatinullah Othman. vi 

Выберите целевой абзац3