MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA Aktiviti 2: Lakonan situasi Tujuan: Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada peserta mengenai hak dan menjelaskan prosedur dalam membuat pemeriksaan yang sah mengikut piawaian antarabangsa. Bahan: Senario kes, kertas mahjong, pen marker Tempoh masa: 20 Minit Kaedah pelaksanaan a. Bahagikan peserta kepada 4 kumpulan. b. Setiap kumpulan diberi masa selama 10 minit untuk membaca senario kes yang diberikan dan mereka dikehendaki melakonkan senario tersebut. c. Kumpulan lain dikehendaki membuat catatan bagi setiap lakonan berdasarkan persoalan berikut: • Adakah pemeriksaan yang dijalankan sah? • Adakah semua prosedur yang ditetapkan telah diikuti? d. Setiap kumpulan membentangkan dapatan mereka selepas lakonan. Kumpulan 1: Di jalanan Pelakon: Dua pegawai polis dan dua orang pemuda Prop: Pisau dan pistol Jalan cerita: Anda dan rakan anda adalah dua pegawai polis yang tidak memakai uniform polis. Anda mendengar bunyi letupan kuat di sebatang jalan seperti bunyi letupan senjata api. Tiba-tiba anda melihat dua pemuda berlari. Anda menjerit ‘berhenti’ sambil mengacukan pistol ke arah mereka. Mereka bekerjasama dengan berhenti daripada berlari. Anda menghampiri mereka. Anda tidak memperkenalkan diri atau menunjukkan kad kuasa anda tetapi memberitahu bahawa anda adalah polis. Anda tidak bertanya soalan. Anda memusingkan kedua-dua pemuda berkenaan menghadap dinding dan meletakkan tangan mereka ke atas dinding. Anda melakukan pemeriksaan tepuk ke bawah. Anda menjumpai pisau dan jam tangan emas. Anda meletakkan pisau dan jam tangan emas ke dalam poket anda. Anda kemudian melepaskan mereka pergi. 60 

Выберите целевой абзац3