MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA • Tindakan menghalang dan membuat pemeriksaan hendaklah berasaskan kecurigaan yang munasabah yang timbul sebelum ia dilakukan. Dalam hal ini, undang-undang melarang sebarang bentuk diskriminasi dari sudut bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, politik atau pendapat lain, asal usul negara atau sosial, harta benda, kelahiran atau status lain. • Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menjamin kesamarataan setiap individu termasuk dalam penguatkuasaan undang-undang. Syarat 3: Memelihara privasi dan maruah diri • Pemeriksaan badan hendaklah dilaksanakan secara profesional dan menghormati maruah diri suspek serta dilakukan dengan cara yang sopan untuk mengurangkan rasa malu suspek. Antaranya adalah pemeriksaan badan perlu dilakukan oleh individu sama jantina (Seksyen 19 (2) Kanun Prosedur Jenayah). • Proses pemeriksaan badan mesti dilakukan secepat mungkin dan pemeriksaan yang kurang intrusif didahulukan berbanding yang berbentuk intrusif bergantung kepada kadar kesalahan atau situasi kes. • Apa-apa maklumat peribadi yang diperolehi hasil pemeriksaan terhadap suspek, tidak boleh didedahkan kepada orang ramai kecuali melalui saluran sah undangundang. Aktiviti 1: Senario pemeriksaan dan penggeledahan Tujuan: Aktiviti ini bertujuan membincangkan senario-senario di mana pemeriksaan dan penggeledahan dilakukan secara sah. Bahan-bahan: Senario-senario kes perbincangan, kertas dan pen Tempoh masa: 20 Minit Langkah-langkah pelaksanaan a. Baca senario kes di bawah dan minta setiap peserta tulis jawapan serta alasan di atas kertas. 1. Anda melihat beberapa lelaki bercakap menggunakan bahasa yang anda tidak faham. Anda sedar bahawa mereka bukan warganegara. Mereka tidak kelihatan seperti pelancong berdasarkan kepada pakaian. Anda mengesyaki mereka berada di negara ini secara tidak sah. Bolehkah anda menghalang pergerakan mereka dan membuat pemeriksaan dokumen ke atas mereka? Adakah anda boleh melakukan pemeriksaan badan terhadap mereka? 2. Anda diarahkan ke tempat kejadian pecah rumah di sebuah kampung. Seorang pencuri telah mencuri basikal dari rumah tersebut. Pemilik rumah mengatakan 58 

Выберите целевой абзац3