MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
“Pengakuan ke atas kemuliaan yang sedia wujud serta hak yang sama rata dan
tak terpisah bagi seluruh umat manusia adalah asas kebebasan, keadilan dan
kedamaian dunia” UDHR
i. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? Nyatakan alasan anda .
ii. Bolehkah anda fikirkan apakah teras lain kepada kebebasan, keadilan dan keamanan
di dunia.
iii. Siapakah yang memiliki hak asasi manusia? Adakah penjenayah dan pemimpin
negara juga mempunyai hak asasi?
“Menafikan
hak
asasi
seseorang
kemanusiaannya”- Nelson Mandela
individu
bermakna
mencabar
i. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? Nyatakan alasan pandangan anda
tersebut.
ii. Apakah kesan apabila hak asasi manusia dinafikan? Berikan contoh masakini situasi
tersebut.
iii. Bagaimanakah hak asasi manusia boleh dipertahankan?
“Hak asasi manusia adalah ciptaan budaya Barat dan tidak sesuai dengan
budaya masyarakat Timur yang mementingkan kesopanan dan kepercayaan
agama.”
i. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? Nyatakan alasan pandangan anda
tersebut.
ii. Bolehkah anda senaraikan perbezaan antara hak asasi Barat dan hak asasi Timur?
iii. Sekiranya hak asasi manusia bersifat relatif bukankah ia bercanggah dengan sifat hak
itu sendiri yang merupakan asasi bagi setiap manusia?
“Hak asasi manusia – hak sivil, politik, ekonomi, sosial dan budaya - tidak boleh
dilihat sebagai barang mewah atau “disimpan untuk kemudian hari”, setelah
keamanan dan pembangunan telah dicapai.” – Antonio Guterras.
i. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? Nyatakan alasan anda.
ii. Berdasarkan kepada pernyataan di atas, adakah anda berpendapat terdapat
perbezaan antara satu bentuk hak asasi dengan hak asasi yang lain? Berikan contoh
kepada pandangan anda tersebut.
iii. Adakah anda bersetuju bahawa hak ekonomi, sosial dan budaya adalah untuk
negara-negara membangun manakala hak sivil dan politik adalah untuk negaranegara maju? Nyatakan alasan pandangan anda tersebut.
26