MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA Nota Rujukan Tenaga Pengajar 1. Hak Asasi Manusia: Satu Pengenalan • Hak asasi manusia dimiliki oleh setiap manusia, tanpa mengira latar belakang, agama, kewarganegaraan, bahasa dan gender. Setiap individu mempunyai hak asasi manusia yang sama tanpa diskriminasi. Hak asasi manusia adalah saling berkaitan, saling bergantung dan tidak boleh dibahagikan. Hak asasi manusia menekankan hubungan antara individu sebagai pemegang hak (rights holder) dan negara sebagai pemikul tanggungjawab (duty bearer). Hak asasi manusia secara moralnya perlu dihormati, dipenuhi dan dilindungi sungguhpun sesebuah negara tidak menguatkuasa undang-undang hak asasi manusia. 2. Kepentingan Hak Asasi Manusia • Hak asasi manusia penting untuk memastikan bahawa setiap individu, terutamanya golongan rentan (vulnerable group), menikmati hak asasi dan keperluan mereka tanpa diskriminasi. Ia dapat memastikan setiap individu dapat hidup secara bermaruah dan berupaya membangunkan potensi diri sepenuhnya. • Hak asasi manusia memberi hak dan tanggungjawab kepada individu dan negara. Kepentingan hak asasi manusia bagi individu adalah seperti berikut: a) membantu mewujudkan keadaan agar keperluan asas mereka dapat diperolehi; b) menjamin nilai teras manusia seperti kehidupan, fizikal dan psikologi yang sejahtera, kebebasan, keselamatan diri, maruah dan kesaksamaan, perlindungan daripada sebarang penganiayaan oleh negara dan individu lain; c) melindungi dari sebarang diskriminasi dan peminggiran dari segi akses kepada perkhidmatan sosial seperti pendidikan dan penjagaan kesihatan yang saksama; 2 

Выберите целевой абзац3