T
ahun 2018 merupakan tahun yang boleh ditakrifkan sebagai tahun bersejarah
buat Malaysia dengan terbenamnya mentari pemerintahan politik selama 61
tahun yang tidak pernah terputus semenjak kemerdekaan. Perubahan kerajaan
yang pertama ini dilihat sebagai penggerak kepada demokrasi yang lebih terbuka dan
bebas dengan manifesto janji pilihan raya yang menyasarkan kepada menangani isuisu hak asasi manusia yang telah melanda masyarakat di Malaysia sejak sekian lama.
Mengubah hala tuju sejarah yang telah terbentuk selama 61 tahun yang lalu bukanlah
sesuatu yang mudah dan SUHAKAM mengakui cabaran dalam melaksanakan
pelbagai komitmen yang dibuat oleh kerajaan baharu. Antara cabaran-cabaran
utama ini adalah untuk mengubah perkhidmatan awam, sebuah fungsi kerajaan yang
sangat penting menjadi lebih beretika dan neutral.
Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad telah berjanji dalam Perhimpunan
Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 28 September bahawa Malaysia
akan menyertai instrumen PBB utama berkaitan perlindungan hak asasi manusia bagi
menegakkan prinsip kebenaran, keadilan, kesaksamaan, kedaulatan undang-undang
dan akauntabiliti selaras dengan matlamat kerajaan baharu.
Kerajaan turut mengumumkan cadangan untuk memansuhkan hukuman mati
pada bulan Oktober dan moratorium terhadap semua hukuman mati dilaksanakan.
SUHAKAM yakin bahawa ini merupakan
langkah pertama dalam pemansuhan Mengubah hala tuju sejarah
hukuman mati di Malaysia.
yang telah terbentuk selama
Pengumuman ini, serta cadangan
61 tahun yang lalu bukanlah
untuk memansuhkan Akta Hasutan
(1948), Akta Universiti dan Kolej Universiti s e s u a t u y a n g m u d a h d a n
1971, dan pelbagai peruntukan Akta SUHAKAM mengakui cabaran
Keselamatan Dalam Negeri - Akta Akta dalam melaksanakan pelbagai
Kesalahan Keselamatan (Langkah- komitmen yang dibuat oleh
langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan
kerajaan baharu. Antara
Akta Pencegahan Jenayah 1959
cabaran-cabaran utama
(POCA) - undang-undang lapuk
yang telah lama digunakan sebagai ini adalah untuk mengubah
alat politik terhadap rakyat yang perkhidmatan awam, sebuah
menyatakan perbezaan pendapat, fungsi kerajaan yang sangat
telah membangkitkan semangat di penting menjadi lebih beretika
seluruh negara. Masa depan yang
dan neutral.
cerah amat jelas kelihatan bagi
Malaysia.
LAPORAN TAHUNAN
SUHAKAM 2018
vii