BAB 1 Perundangan Negara dengan Piawaian Antarabangsa tentang Kebebasan Menyatakan Pendapat, Akses kepada Maklumat dan Kebebasan Media pada 25 September. Selain meningkatkan kesedaran Ahli Parlimen yang baru dilantik tentang piawaian antarabangsa berkenaan kebebasan menyuarakan pendapat, kebebasan mendapatkan maklumat dan kebebasan media, perbincangan tersebut juga memberikan peluang kepada pembuat undang-undang untuk berbincang dengan lebih mendalam bersama pakar dari dalam dan luar negara untuk mengenal pasti kelemahan undang-undang domestik bagi mengurangkan jurang dengan piawaian antarabangsa. Seramai lebih kurang 70 peserta telah menyertai program tersebut. Selain Ahli Parlimen dan pegawai mereka, pegawai daripada Jabatan Peguam Negara, Parlimen Malaysia dan media juga turut hadir. Perbincangan Meja Bulat dengan Ahli Parlimen: Menyelaraskan Perundangan Negara dengan Piawaian Antarabangsa mengenai Kebebasan Menyatakan Pendapat, Akses kepada Maklumat dan Kebebasan Media Empat sesi perbincangan adalah seperti yang berikut: i. Sesi pertama tentang perkaitan antara piawaian antarabangsa, undang-undang negara dan Perlembagaan Persekutuan yang dikendalikan oleh Dr. Lim Ming Kuok. Ahli panel bagi sesi ini terdiri daripada Amos Toh, Penasihat Undang-Undang kepada Pelapor Khas tentang Kebebasan Menyuarakan Pandangan dan Pendapat; Jennifer Jokstad, Pegawai Hak Asasi Manusia di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia (OHCHR) di Bangkok, dan Profesor Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi, Pemegang Kerusi Tun Razak Universiti Malaya. ii. Sesi kedua tentang akses kepada maklumat – pra-syarat kepada demokrasi yang berfungsi - dikendalikan oleh Masjalizah Hamzah. Tiga ahli panel bagi sesi ini ialah Kishali Pinto-Jayawardena, Pesuruhjaya kepada Hak kepada Maklumat (RTI) Sri Lanka, Toby Mandel, Pengasas dan Pengarah Eksekutif Pusat Undang-Undang dan Demokrasi, Badan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa Hak Asasi Manusia LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2018 25

Выберите целевой абзац3