BAB 1 Meskipun KPM tidak menjadikan modul tersebut sebagai wajib, namun SUHAKAM amat berbesar hati mendapat makluman bahawa beberapa sekolah telah menjalankan aktiviti tersebut kepada murid-murid mereka pada tahun ini, antaranya termasuklah SMK Sentul, SMK Gombak Setia dan SMK Taman Seri Kluang. SUHAKAM juga mengedarkan modul tersebut dalam bentuk cakera padat kepada semua sekolah ATHAM untuk menggalakkan mereka mengguna pakai modul tersebut. Sesi TOT Modul Hak Asasi Manusia Pasca-UPSR/PT3 Zon Selatan pada 3-5 Julai di Port Dickson, Negeri Sembilan Langkah seterusnya, SUHAKAM bercadang untuk menerbitkan dan mengedarkan modul tersebut dalam bentuk salinan bercetak kepada semua sekolah ATHAM; memperkembang bengkel TOT kepada sekolah ATHAM dan bukan ATHAM yang lain; membangunkan satu mekanisme untuk memantau pelaksanaan aktiviti di sekolah dalam dua tahun akan datang, bagi memastikan objektif memperkenalkan modul tersebut berjaya dicapai. 2. Program Kesedaran tentang Hak Kanak-kanak terhadap Keselamatan Susulan maklum balas baik yang diterima daripada 12 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tentang Program Kesedaran Hak Kanak-kanak terhadap Keselamatan tahun lalu, SUHAKAM menganjurkan program yang serupa kepada 10 MRSM yang lain pada tahun ini yang melibatkan 5000 orang pelajar serta program susulan di beberapa buah MRSM yang telah dilawati pada tahun lalu. Pada tahun ini, program tersebut dilaksanakan di MRSM yang berikut: LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2018 23

Выберите целевой абзац3