Manusia di Sekolah (ATHAM) dan Modul Hak Asasi Manusia untuk pelajar Pasca-Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pasca-Penilaian Tingkatan 3 (PT3). Cadangan SUHAKAM untuk memperkenalkan pendidikan hak asasi manusia di sekolah diterima baik oleh Kementerian Pendidikan. SUHAKAM telah diminta bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membangunkan modul latihan hak asasi manusia kepada Institut Pendidikan Guru dan memberikan input berkenaan pendidikan hak asasi manusia kepada Bahagian Kurikulum KPM. Bagi menilai keberkesanan sesi latihan yang dikendalikan dan tahap pengetahuan yang diperoleh oleh peserta, SUHAKAM memperkenalkan penilaian program yang lebih berstruktur menggunakan borang dalam talian dan ujian sebelum dan selepas program. 1. Modul Hak Asasi Manusia Murid Pasca UPSR dan PT3 Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Laporan Tahunan 2017, SUHAKAM melengkapkan dua modul hak asasi manusia kepada pelajar pasca-UPSR dan pascaPT3 pada bulan Jun tahun ini. Setiap modul mengandungi 30 aktiviti. Objektif modul ini adalah untuk mendidik pelajar sekolah rendah dan menengah tentang hak asasi manusia melalui beberapa aktiviti yang menarik. Meskipun modul ini dibangunkan untuk murid Tahun 6 dan Tingkatan 3, yang mana mereka akan mempunyai masa terluang di sekolah selepas selesai peperiksaan UPSR dan PT3 dan sebelum cuti sekolah akhir tahun, aktiviti ini sesuai kepada semua peringkat murid sekolah rendah dan menengah. SUHAKAM menghargai kesemua input daripada pegawai KPM dan guru-guru daripada beberapa sekolah dalam memperlengkapkan modul ini dalam dua bengkel yang dianjurkan pada 3 Mei dan 28 Jun. Setelah modul ini lengkap, SUHAKAM menganjurkan tiga sesi Training of Trainers (TOT) untuk memastikan guru-guru sekolah ATHAM dapat menjalankan aktiviti tersebut serta memperlengkapkan mereka dengan pengetahuan yang cukup berkenaan hak asasi manusia, terutamanya tentang hak kanak-kanak. Seramai lebih kurang 62 guru sekolah menengah dan 51 guru sekolah rendah menghadiri bengkel TOT yang dianjurkan seperti yang berikut: 22 Bil. Program Tarikh 1. Training of Trainers Modul Hak Asasi Manusia Pasca-UPSR/PT3 zon Selatan 3 – 5 Julai Port Dickson, Negeri Sembilan 2. Training of Trainers Modul Hak Asasi Manusia Pasca-UPSR/PT3 zon Utara 10 -12 Julai Alor Setar, Kedah 3. Training of Trainers Modul Hak Asasi Manusia Pasca-UPSR/PT3 zon Timur 17 – 19 Julai Kota Bharu, Kelantan LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2018 Tempat

Выберите целевой абзац3