SUHAKAM telah menganjurkan lima sesi SUHAKAM Bersama Masyarakat di pelbagai lokasi di Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Kedah yang melibatkan sejumlah 1848 peserta. Di bawah program “Hak Asasi Manusia dan Belia”, SUHAKAM meneruskan usaha untuk mendidik dan memperkasakan golongan belia tentang prinsip-prinsip hak asasi manusia melalui tujuh bengkel yang melibatkan seramai 1535 peserta belia daripada pelbagai universiti tempatan dan kumpulan belia. SUHAKAM juga telah bekerjasama dengan badan-badan Islam di Malaysia serta pihak berkuasa agama, Ahli Parlimen serta agensi kerajaan, bagi mengkaji halangan-halangan yang berkaitan dengan penyertaan Malaysia dalam Konvensyen menentang penyeksaan dan hukuman lain yang zalim tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah (UNCAT) khususnya tentang ketidaksesuaian undang-undang sivil dan Syariah tempatan dengan UNCAT. SUHAKAM telah berjaya mendapat persetujuan daripada beberapa buah masjid untuk merangkumkan isu hak asasi manusia dalam khutbah Jumaat. Selain itu, SUHAKAM dan JAKIM turut berkolaborasi menganjurkan Seminar Kebangsaan mengenai Hak Asasi Manusia dan Islam pada 27 November, dengan ucap tama yang begitu bermakna oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama). YB Datuk Seri Dr. Mujahid menekankan bahawa promosi dan perlindungan hak asasi manusia secara keseluruhannya dituntut dalam Islam kecuali dalam beberapa keadaan tertentu. SUHAKAM melalui kenyataan medianya, sering kali mengeluarkan kenyataan bagi menggesa kerajaan serta pihak berkuasa untuk mengambil langkah-langkah bagi menangani isu-isu yang melibatkan golongan rentan terutamanya yang berkaitan dengan isu ketidaksamaan gender, hak orang asli/asal, sikap tidak bertoleransi terhadap agama termasuk isu melibatkan penderaan dan juga perkahwinan kanakkanak. Kenyataan media berfungsi sebagai medium bagi SUHAKAM untuk menyatakan pendiriannya dan untuk menggesa badan perundangan mengkaji semula, meminda atau memansuhkan undang-undang keselamatan atau menggariskan bentuk-bentuk diskriminasi kebebasan asas yang lain. SUHAKAM juga aktif dalam media sosial termasuk di Facebook, Twitter dan Instagram. SUHAKAM bertekad untuk lebih mendampingi masyarakat umum dan golongan muda. Pada 11 Oktober, Menteri Komunikasi dan Multimedia mengumumkan bahawa satu keputusan telah dibuat oleh Kabinet bagi menangguhkan penggunaan Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan Akta Komunikasi dan Multimedia, sementara menunggu pemansuhan akta-akta tersebut. SUHAKAM berharap agar kerajaan tidak xiv LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2018

Выберите целевой абзац3