S
UHAKAM kekal bertekad memainkan peranannya untuk mempromosi dan
menangani isu-isu hak asasi manusia di Malaysia. Hakikatnya, masih terdapat
golongan tertentu dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya daripada
komuniti agama atau kumpulan politik yang melihat norma-norma hak asasi manusia
dan kebebasan untuk memilih sebagai satu ‘ancaman’ kepada kepercayaan dan
fahaman politik mereka. Terdapat banyak cabaran, termasuk pencabulan hak
asasi manusia kumpulan rentan, migran, golongan B40 serta orang dalam tahanan.
Dakwaan tentang penyeksaan dan penganiayaan semasa dalam jagaan pihak
berkuasa di pusat tahanan serta kes-kes penderaan dan pencabulan hak kanakkanak berlaku dengan kekerapan yang amat membimbangkan. Masih terdapat
segelintir masyarakat yang tidak memahami atau enggan menerima konsep hak asasi
manusia untuk semua. Amat malang sekali pada akhir bulan Disember 2018, apabila
satu perhimpunan awam untuk membantah pelaksanaan Konvensyen Antarabangsa
mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Malaysia telah
diadakan. Hal ini menggambarkan bahawa rakyat Malaysia membenarkan diskriminasi
kaum untuk berlaku. Terdapat juga bantahan daripada golongan yang membantah
tuntutan untuk kesaksamaan gender.
Kajian SUHAKAM tentang Diskriminasi terhadap Golongan Transgender di Kuala Lumpur
dan Selangor menggambarkan kurangnya kesedaran atau pemahaman tentang
orientasi seksual dan identiti gender dan diskriminasi yang meluas terhadap golongan
transgender, termasuk berkaitan akses kepada pendidikan, kesihatan, pekerjaan,
perumahan dan kemudahan awam serta hak kepada maruah.
SUHAKAM meneruskan usaha untuk
menyokong hak Orang Asli/Asal khususnya
berkaitan pengiktirafan hak tanah adat
Orang Asli/Asal, dan juga mencari jalan
penyelesaian bagi isu-isu pentadbiran
tanah. SUHAKAM telah menjalankan Inkuiri
Nasional mengenai Hak Tanah Orang Asli/
Asal di Malaysia pada tahun 2010 dan
laporannya telah diterbitkan pada tahun
2013. SUHAKAM kesal dengan kelewatan
penerimaan dan pelaksanaan 18 syor
dapatan Inkuiri Nasional tersebut. SUHAKAM
akan terus bekerjasama dengan Menteri
dan Kementerian/pihak berkuasa berkaitan
bagi mencari jalan penyelesaian yang
positif bagi semua pihak.
SUHAKAM telah menjalankan
Inkuiri Nasional mengenai
Hak Tanah Orang Asli/Asal
di Malaysia pada tahun
2010 dan laporannya telah
diterbitkan pada tahun 2013.
SUHAKAM kesal dengan
kelewatan penerimaan
dan pelaksanaan 18 syor
dapatan Inkuiri Nasional
tersebut.
LAPORAN TAHUNAN
SUHAKAM 2018
xiii