APPENDIX II - THE COMMISSION’S PRESS STATEMENTS 2010
SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA
HUMAN RIGHTS COMMISSION OF MALAYSIA
SUHAKAM GESA KERAJAAN HENTIKAN
PENAHANAN SUSPEK PEMERDAGANGAN
ORANG DI BAWAH ISA
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menggesa Kerajaan untuk mengkaji
semula penahanan tujuh pegawai Imigresen dan suspek-suspek pemerdagangan orang di
bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini. Pegawai-pegawai imigresen
yang ditahan dilaporkan bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang kerana terlibat dengan sindiket
pemerdagangan orang.
SUHAKAM menyifatkan penggunaan ISA terhadap suspek-suspek pemerdagangan orang tersebut
jelas melanggar prinsip hak asasi manusia. Ini kerana terdapat undang-undang khusus yang tersedia
ada bagi kes-kes pemerdagangan orang, iaitu Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.
SUHAKAM memandang berat penggunaan penahanan tanpa bicara dan menyarankan semula supaya
semua tahanan ISA didakwa di mahkamah untuk menjamin pengadilan sebagai hak asasi manusia
serta sebagai tindakan pencegahan jenayah yang berkesan.
Tindakan menahan seseorang tanpa sebarang perbicaraan adalah bercanggah dengan Perisytiharan
Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR) yang memberi penekanan terhadap hak kepada nyawa,
kebebasan dan keselamatan diri; tiada sesiapapun boleh dikenakan tangkapan, tahanan atau
pembuangan negeri secara arbitrari; dan setiap individu berhak kepada perbicaraan adil dan terbuka
oleh tribunal bebas dan saksama (Artikel 3, 9 dan 10).
- TAMAT “HAK ASASI UNTUK SEMUA”
TAN SRI HASMY AGAM
Pengerusi
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
27 Oktober 2010
143
Выберите целевой абзац3
Подключиться к абзацу
Connect to an entity
Disable highlights
Добавить в оглавление