APPENDIX II - THE COMMISSION’S PRESS STATEMENTS 2010
SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA
HUMAN RIGHTS COMMISSION OF MALAYSIA
PILIHANRAYA KECIL DI GALAS:
SUHAKAM LANCAR KAUNTER
ADUAN BERGERAK
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) akan memantau pilihan raya kecil
DUN Galas yang akan diadakan pada 4 November 2010. Untuk tujuan itu Kaunter Aduan
Bergerak SUHAKAM akan beroperasi pada hari ini (Isnin, 25 Oktober 2010) di perkarangan
Pejabat Tanah Gua Musang.
Objektif utama pemantauan ini adalah bagi memastikan proses pilihan raya kali ini menghormati
hak asasi manusia terutama sekali dalam kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun, berpesatuan,
akses kepada maklumat dan hak kepada keselamatan. Antara pihak yang akan dipantau termasuklah
badan-badan berkuasa (Polis, RELA), media serta para pengundi manakala skop pemantauan adalah
seperti berikut:
i.
Keganasan atau kekecohan
ii.
Intimidasi terhadap pengundi
iii.
Kekeliruan atau ketidakcekapan petugas di pusat mengundi
iv.
Kehadiran individu yang tidak dibenarkan di dalam pusat mengundi
v.
Kempen yang berterusan selepas masa yang ditetapkan untuk berkempen
vi.
Bahan kempen di dalam tempat mengundi
vii. Masa operasi pusat mengundi
viii. Kegagalan kakitangan yang telah dipertanggungjawabkan di pusat mengundi untuk mematuhi
peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)
141
Выберите целевой абзац3
Подключиться к абзацу
Connect to an entity
Disable highlights
Добавить в оглавление