SUHAKAM
4.0
3.8
Penempatan Guru Besar dan Guru-Guru
Terdapat pimpinan sekolah yang kurang komitmen dan motivasi ditempatkan
di sekolah Orang Asli. Ibu bapa memaklumkan bahawa pihak pimpinan
sekolah seringkali tiada di sekolah. Sekolah pula mempunyai ramai guru-guru
baru yang tidak berpengalaman mengajar dan mengurus sekolah. Akibatnya,
banyak berlaku perlanggaran dasar dan ketidakpatuhan kepada arahanarahan perintah am oleh kepimpinan sekolah dan guru-guru.
3.9
Sikap Ibu Bapa dan Murid Orang Asli
Ada di kalangan ibu bapa Orang Asli yang tidak memberi penekanan kepada
pendidikan anak-anak mereka walaupun pelbagai usaha telah dijalankan oleh
pelbagai jenis agensi kerajaan dan NGO. Terdapat ibu bapa yang mempunyai
mentaliti subsidi yang tinggi sehinggakan kesemua perbelanjaan persekolahan
anak mereka perlu ditanggung oleh kerajaan termasuk makan dan minum
anak-anak mereka.
3.10
Kanak-Kanak Yang Tidak Dapat Bersekolah
SUHAKAM mendapati tidak ada satu agensi pun yang mengumpul data
mengenai kanak-kanak Orang Asli yang tidak dapat bersekolah atau yang tidak
bersekolah. Oleh itu, tiada perancangan yang dibuat oleh mana-mana agensi
untuk mengatasi isu kanak-kanak yang tidak dapat bersekolah atau yang tidak
bersekolah khasnya di peringkat sekolah rendah.
3.11
Satu Agensi Untuk Mengurus Pendidikan Orang Asli
Peserta bengkel kerap kali mencadangkan supaya urusan pendidikan anakanak mereka diuruskan oleh satu agensi sahaja kerana terdapat pelbagai
masalah apabila ianya diuruskan oleh beberapa agensi. Antara masalah yang
sering berlaku ialah percanggahan maklumat, kecelaruan mengenalpasti
punca sumber maklumat dan bantuan, mengenalpasti tempat untuk mengadu
dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai sesuatu isu.
SYOR SUHAKAM
4.1
Pengangkutan
i.
SUHAKAM mencadangkan supaya JHEOA berusaha menyelesaikan
masalah pengangkutan di kawasan yang terlibat;
ii.
SUHAKAM mencadangkan supaya JHEOA mewujudkan unit
pengangkutannya sendiri; dan
iii.
SUHAKAM mencadangkan supaya disediakan jalan penghubung
untuk memudahkan pengangkutan di kawasan terpencil.
iii