LAPORAN STATUS HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK ORANG ASLI
Jadual 16: Data Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan dalam Program
Outreach Hak Pendidikan Orang Asli 2008
Tempat
Bil. Hadir
Bil. Tiada KP/
Sijil Kelahiran
Bil. Selesai
Kuala Gandah,
Lanchang, Pahang
230 orang
76 orang
Kuala Betis, Gua
Musang, Kelantan
530 orang
50 tiada KP
26 tiada Sijil
Kelahiran
76 dalam proses
untuk diselesaikan
Sungai Tiang, Gerik,
Perak
350 orang
40 orang
26 sijil kelahiran
6 sijil kelahiran
8 KP dalam proses
6.1.3
48
Belum
Selesai
76
orang
Bantuan Peralatan dan Kelengkapan Persekolahan
i.
Masyarakat Orang Asli khususnya di daerah pedalaman memaklumkan
bahawa bantuan kelengkapan persekolahan kerap kali lewat dihantar
dan difahamkan ada kalanya bantuan ini belum diterima sehingga
akhir tahun.
Terdapat pakaian uniform yang diterima tidak mengikut saiz murid
ii.
sehingga didapati tidak selesa dan sesuai digunakan.
Sekolah Kebangsaan Kuala Betis mengatasi masalah ini dengan
iii.
menyediakan dahulu kelengkapan sekolah dan yuran sekolah dengan
menggunakan wang sekolah. Pihak sekolah memotong wang KWAPM
bagi mereka yang telah membeli melalui sekolah. Walaubagaimanapun,
ini menimbulkan masalah apabila pihak ibu bapa mempersoalkan
jumlah wang KWAPM yang mereka terima berbeza dengan jumlah
yang sepatutnya mereka terima.
Masih terdapat sekolah yang lewat menerima bantuan kewangan yang
iv.
disalurkan oleh KPM seperti bantuan wang pelaksanaan Kurikulum KAP.
Dimaklumkan bahawa negeri Johor, Kelantan, Pahang dan Selangor
adalah di antara negeri yang lewat menghantar bantuan kewangan
KAP dan pakaian ko-kurikulum dan bantuan pakaian ko-kurikulum.
Kemudahan infrastruktur asas seperti air bersih, bekalan elektrik 24
v.
jam, kelengkapan dalam bilik darjah (papan tulis, kerusi meja, perabot,
komputer yang berfungsi) kebanyakan adalah dalam keadaan daif atau
tidak mencukupi untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran
yang kondusif.