LAPORAN STATUS HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK ORANG ASLI 4.2 Peranan dan Usaha Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Dalam menangani isu-isu pendidikan kanak-kanak Orang Asli, JHEOA pula telah menjalankan langkah-langkah berikut6 : i. ii. iii. iv. v. vi. Menyediakan keperluan diri di asrama seperti berus gigi, ubat gigi dan sabun diberi 2 bulan sekali. Memberi wang saku pelajar sebanyak RM2.00 sehari (Sekolah Menengah sahaja). Membayar yuran dan pelbagai bagi murid yang tidak mendapat KWAPM bagi murid Orang Asli di Sekolah Harian Biasa. Membekalkan pakaian seragam sekolah (Tahun 1 dan Tingkatan 1 sahaja). Membayar yuran asrama. Memberi bantuan makan pagi dan tengahari bagi murid sekolah harian. JHEOA menyediakan minum pagi dan makan tengahari bagi murid yang tinggal di pedalaman di samping mendapat bantuan RMT dari KPM. Selain bantuan di atas, JHEOA juga menyediakan beberapa program sejak tahun 2003 bagi memantapkan jati diri kanak-kanak Orang Asli yang bersekolah. Program yang disediakan adalah seperti berikut: i. Integrasi Pelajar: • Program Anak Angkat • Perkhemahan Pelajar • Riadah (Rehlah) • Sukaneka Pelajar ii. Meningkatkan Kesedaran Pelajar: • Tabika Orang Asli Terdapat sebanyak 223 buah tabika Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan 90% tenaga pengajar adalah terdiri daripada Orang Asli. • 6. 32 Kursus Motivasi Kursus-kursus motivasi bertujuan memberi kesedaran dan motivasi kepada murid-murid Orang Asli juga telah diadakan. Kursus-kursus ini diuruskan oleh JHEOA di peringkat negeri. Para penceramah adalah terdiri daripada para profesional, penjawat awam dan Orang Asli yang berjaya sebagai role-model. Sumber: Jabatan Hal Ehwal Orang Asli 2008

Выберите целевой абзац3