SUHAKAM 6.1.4 Rancangan Makanan Tambahan (RMT) i. Ibu bapa di Kuala Gandah dan Kuala Betis menyatakan bahawa ada murid Orang Asli yang layak mendapat RMT tetapi tidak diberi oleh pihak sekolah. Ibu bapa dari ketiga-tiga daerah yang dilawati menyatakan makanan ii. yang disediakan untuk RMT tidak menepati kualiti dan kuantiti seperti yang dikehendaki. Makanan kadangkala didapati basi dan tidak menepati menu. iii. Walaubagaimanapun, SK Sungai Tiang memastikan semua murid diberi Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Sekolah menggunakan khidmat Kelab Guru SK Sungai Tiang untuk membeli bahan mentah. Antara aduan yang diterima ialah bahan yang dibeli adalah sentiasa sama iaitu sardin, ikan bilis dan bihun walaupun ada menu yang disediakan oleh pihak KPM. iv. Ibu bapa Sungai Tiang mengadu kebersihan makanan yang disediakan tidak memuaskan, akibatnya anak mereka kerap mengalami sakit perut dan cirit-birit. 6.1.5 Bantuan Kewangan JHEOA dan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) i. Terdapat Guru Besar yang tidak memberi KWAPM kepada murid Orang Asli kerana tiada dokumen pengenalan diri walaupun diperakukan oleh Tok Batin. Ada sekolah yang memberi KWAPM dalam bentuk barangan dan wang ii. selebihnya diberikan kepada ibu bapa. Terdapat ibu bapa yang tidak berpuas hati kerana tidak mendapat wang sepenuhnya walaupun dimaklumkan bahawa wang yang diterima adalah baki kepada pembelian keperluan anak-anak mereka. iii. Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang memberi KWAPM dalam bentuk wang tunai kepada ibu bapa dan mereka akan membeli sendiri keperluan anak-anak mereka. Terdapat sekolah yang gagal memaklumkan secara jelas dan terperinci iv. mengenai perbelanjaan KWAPM kepada pihak ibu bapa Terdapat aduan dari masyarakat Orang Asli di daerah Kampar, Perak v. bahawa masih terdapat perbezaan jumlah bayaran KWAPM di antara dua sekolah di daerah yang sama iaitu di SK Kuala Dipang di mana murid mendapat RM700.00 seorang, sementara di SK Sahom mereka hanya mendapat RM200.00 dan pada tahun 2008 tidak seorang pun murid di sekolah ini mendapat KWAPM. Kes yang sama berlaku di SK Pos Kemar, Gerik, Perak pada tahun 2007 di mana kesemua murid tidak mendapat bantuan KWAMP 49

Выберите целевой абзац3