LAPORAN STATUS HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK ORANG ASLI v. 4.3 Peranan dan Usaha Jabatan Pendaftaran Negara i. ii. 4.4 Mengikut Pengarah Operasi Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan ini mempunyai Unit Bergerak yang kerapkali digunakan untuk membantu menyelesaikan isu ketiadaan dokumen pengenalan diri Orang Asli di kawasan luar bandar atau pinggir bandar. Pegawai-pegawai Jabatan Pendaftaran Negara peringkat negeri dengan kerjasama JHEOA negeri telah memasuki kampung-kampung di pedalaman dan daerah terpencil untuk memudahkan penduduk Orang Asli membuat dokumen pengenalan diri. Atas keprihatinan Jabatan ini, masalah Orang Asli tidak mempunyai dokumen pengenalan diri berkurangan. SUHAKAM mendapati di dua negeri yang dilawati iaitu daerah Gerik di Perak dan daerah Gua Musang di Kelantan, kedua-dua jabatan mempunyai hubungan dan kerjasama yang amat baik. Hal yang sama tidak berlaku di negeri Pahang daerah Lanchang di mana JHEOA Pahang belum begitu bersedia untuk memberikan kerjasama kepada JPN negeri. Peranan dan Usaha Kementerian Kesihatan i. ii. iii. 34 Penubuhan Focus Group Pendidikan Orang Asli: • Pada bulan Ogos 2009, JHEOA telah menubuhkan Focus Group Pendidikan. Kumpulan ini dianggotai oleh pegawai dari KPM, Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT), Universiti, Badan Berkanun dan orang perseorangan. Mereka yang dipilih menganggotai kumpulan ini kebanyakannya berpengalaman dan berpengetahuan mengenai masyarakat Orang Asli dan juga pendidikan. Jabatan Kesihatan Negeri menyediakan Klinik Desa yang dikendalikan oleh seorang jururawat masyarakat. Klinik Desa juga berfungsi sebagai tempat transit pesakit sebelum dibawa ke hospital. Klinik ini juga menyediakan ubatubatan asas seperti penahan sakit (panadol), ubat kutu, ubat cacing dan luka. Masalah utama kesihatan di kalangan kanak-kanak Orang Asli ialah penyakit kulit, cacing, cirit-birit dan kutu. Jabatan Kesihatan sentiasa memberikan perhatian dan berusaha untuk menangani isu kesihatan kanak-kanak Orang Asli. Jabatan Kesihatan juga mengadakan lawatan berkala ke penempatanpenempatan Orang Asli dalam usaha untuk membasmi penyakit vektor dan penyakit berjangkit. Secara tidak langsung, Jabatan Kesihatan memberi sumbangan kepada kehadiran murid di sekolah dengan memastikan mereka sihat dan tidak menjadi pembawa penyakit berjangkit.

Выберите целевой абзац3