LAPORAN STATUS HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK ORANG ASLI
Tinjauan awal SUHAKAM mendapati terdapat beberapa sebab kanak-kanak Orang
Asli tidak bersekolah langsung. Antaranya adalah penempatan mereka yang jauh
di pedalaman dan tiada kemudahan bersekolah, kemiskinan tegar, sikap ibu bapa
terhadap pendidikan anak-anak dan ketidakprihatinan agensi-agensi berkaitan dalam
menangani isu-isu pendidikan kanak-kanak tidak bersekolah langsung.
1.2
Definisi Orang Asli
Menurut Akta Orang Asli 1954, Seksyen 3(1) mentakrifkan Orang Asli sebagai :
(a)
mana-mana orang yang bapanya ialah anggota kumpulan etnik Orang
Asli, yang bercakap bahasa Orang Asli dan lazimnya mengikut cara
hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli, dan termasuk
seorang keturunan melalui jurai lelaki orang itu;
(b)
mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai
anak angkat semasa bayi oleh Orang Asli yang telah dilahirkan sebagai
seorang Orang Asli, lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, lazimnya
mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli
dan ialah anggota suatu masyarakat Orang Asli;
(c)
anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan
Orang Asli dengan seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan
syarat bahawa anak itu lazimnya bercakap bahasa Orang Asli,
lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan
Orang Asli.
Mengikut rekod Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), sehingga 2006 terdapat lebih
kurang seramai 141,230 Orang Asli yang mewakili 0.6% daripada jumlah rakyat Malaysia.
Orang Asli terbahagi kepada tiga kumpulan kaum iaitu kaum Negrito (terdiri dari enam
suku kaum), Senoi (terdiri dari tujuh suku kaum) dan Melayu Proto (terdiri dari enam
suku kaum). Setiap suku kaum ini mempunyai bahasa dan tradisi mereka sendiri.
Jadual 1: Populasi Mengikut Kaum Tahun 2003 dan 2006
Kategori
Populasi 2003
Populasi 2006
Negrito
4,001
3,671
Senoi
Melayu Proto
JUMLAH
81,826
61,585
147,412
79,155
58,404
141,230
Sumber: (i) Center for Orang Asli Concern (COAC) Populasi 2003
(ii) Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Populasi 2006
4