MODUL 1: HAK ASASI MANUSIA DI MATA SAYA Murid dapat : i. mengetahui perkara asas hak kanak-kanak. Objektif : ii. membezakan antara keperluan dan kehendak. iii. mengenal pasti artikel yang sesuai dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) dalam aktiviti ini. Nilai : Tanggungjawab, Kerjasama, Hormat-menghormati Jenis aktiviti : Pengucapan umum Bahan bantu belajar : Kertas mahjong, pen marker dan artikel senario Lokasi : Di dalam atau di luar bilik darjah Tempoh masa : 1 Jam 30 Minit Langkah-langkah pelaksanaan Aktiviti 1 a. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan, setiap kumpulan mengandungi 5 hingga 8 orang. b. Berikan setiap kumpulan kertas mahjong dan pen marker. c. Guru menyenaraikan 20 barangan/perkara (Lampiran 1). Aktiviti 2 d. Guru membaca Senario I (Lampiran 2). e. Murid diminta untuk membuat pilihan dengan mengambil kira persetujuan semua ahli kumpulan sambil cuba membezakan kehendak dan keperluan untuk hidup sejahtera di pulau tersebut. Setelah mendapat 16 pilihan, seorang wakil kumpulan akan menulisnya di atas kertas mahjong dan membentangkannya. Aktiviti 3 f. Guru membaca Senario II (Lampiran 3). g. Murid diminta untuk membuat pilihan dengan mengambil kira persetujuan semua ahli kumpulan sambil cuba membezakan kehendak dan keperluan untuk hidup sejahtera di pulau tersebut. Setelah mendapat 10 pilihan, seorang wakil kumpulan akan menulisnya di atas kertas mahjong dan membentangkannya. 8

Выберите целевой абзац3