Pengajaran dan pembelajaran modul-modul aktiviti ini diharap bukan sahaja
meningkatkan pengetahuan, tetapi juga membentuk keperibadian dan tingkah
laku murid yang memelihara hak kebebasan diri serta menghormati, membela
dan mempromosi hak asasi orang lain termasuklah keluarga, guru, murid lain dan
masyarakat secara amnya.
Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Modul Hak Asasi Manusia
Sebagai permulaan, program ini diperkenalkan kepada guru dan murid bagi
peringkat Darjah 6 dan Tingkatan 3 dari sekolah-sekolah yang mengikuti Program
ATHAM. Modul-modul latihan ini akan dilaksanakan semasa tempoh selepas tamat
UPSR dan PT3 dan sebelum cuti sekolah akhir tahun. Walau bagaimanapun, SUHAKAM
berhasrat dan berharap agar modul-modul ini juga dapat diperkenalkan oleh guru
di peringkat darjah dan tingkatan yang lain.
Bagi merealisasi hak penglibatan (right to participation) berterusan guru dan murid
untuk menambah baik pelaksanaan modul-modul ini, SUHAKAM telah melampirkan
borang maklumbalas guru dan murid untuk memberikan pendapat dan komen untuk
penambahbaikan.
Penghargaan
Aktiviti-aktiviti yang terkandung dalam modul ini adalah kombinasi idea asal
SUHAKAM dan KPM serta diinspirasi daripada pelbagai modul latihan sama ada dari
dalam atau luar negara yang menjadi rujukan semasa pembangunan modul ini.
SUHAKAM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberikan sokongan,
kerjasama, nasihat dan sumbangan aktiviti Modul-Modul Hak Asasi Manusia Pasca
UPSR dan PT3. Penghargaan yang tidak terhingga kepada KPM, khususnya Ketua
Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Bin Senin, serta sekolah-sekolah dan guru-guru
yang telah terlibat dengan projek rintis pengenalan dan pelaksanaan aktiviti modulmodul ini yang telah dijalankan pada 28-29 September dan 23-24 Oktober 2017 di
Seremban, Negeri Sembilan serta dua bengkel pemurniaan modul yang diadakan
pada 3 Mei dan 28 Jun 2018 di pejabat SUHAKAM. Secara khususnya, SUHAKAM ingin
merakamkan penghargaan kepada individu-individu berikut yang terlibat secara
langsung menghasilkan Modul Hak Asasi Manusia Pasca UPSR dan PT3 ini:
5