Terbaik Hak Asasi Manusia (ATHAM) di sekolah-sekolah. Program ini bertujuan mewujudkan sekolah mesra hak asasi manusia, iaitu sekolah yang mengamalkan hak asasi manusia dalam pelaksanaan pendidikan kepada warga sekolah. Program ini menggalakkan pewujudan persekitaran dan komuniti sekolah yang peka kepada amalan hak asasi manusia dan hak kanak-kanak dalam aspek pengajaran, pembelajaran, pengurusan dan pentadbiran sekolah serta mengamalkan sifat hormat-menghormati dan bertanggungjawab dalam kalangan semua warga sekolah. Pada tahun 2018, program ATHAM dijalankan di 222 buah sekolah yang telah dipilih oleh KPM berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan bersama. Ia meliputi sekolah menengah, sekolah rendah, sekolah vernakular, sekolah agama dan sekolah Orang Asli/Asal di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Bagi memantapkan impak hak asasi manusia di sekolah, SUHAKAM dengan kerjasama KPM kini memperkenalkan modul-modul hak asasi manusia untuk murid yang baru selesai menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Modul Hak Asasi Manusia Pasca UPSR & PT3 Modul Hak Asasi Manusia Pasca UPSR dan Modul Hak Asasi Manusia Pasca PT3 dibangunkan oleh SUHAKAM dengan sokongan KPM, beserta input dari Bahagian Pembangunan Kurikulum, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM. Modul-modul aktiviti ini bertujuan memperkenalkan murid kepada prinsip-prinsip dan terma-terma hak asasi manusia termasuklah hak kanak-kanak seperti ‘kesaksamaan’ dan ‘tiada diskriminasi’. Pada masa yang sama, ia menekankan kesejagatan dan hubung kait satu hak kepada hak yang lain. Modul-modul ini mengandungi aktivitiaktiviti praktikal yang berhasrat untuk mengajar murid tentang aplikasi hak asasi manusia dengan mengambilkira konteks sosial dan kebudayaan Malaysia. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti di dalam modul-modul ini menggalakkan Kemahiran membimbing murid dengan memberikan objektif dan strategi setiap aktiviti, serta prinsip-prinsip am berkaitan, manakala, murid dikehendaki menjalankan kajian, mengolah pendapat, membuat pembentangan dan sebagainya. Oleh yang demikian, penyertaan aktif dan pemerkasaan murid untuk mengenal pasti isu dan penyelesaian yang mengambil kira prinsip-prinsip hak asasi manusia dapat dipastikan. 4

Выберите целевой абзац3