MODUL 2:
SELAMATKAN SAYA
Murid dapat :
i. mengenali jenis-jenis penderaan.
ii. membuat keputusan/tindakan apabila didera.
Objektif
:
iii. membezakan
kesan
penderaan emosi.
penderaan
fizikal
atau
iv. menambah pengetahuan dan kefahaman murid
mengenai hak untuk melindungi diri daripada
penderaan dan dapat mengamalkan kehidupan
sejahtera dalam kehidupan seharian.
Tanggungjawab, hormat-menghormati, maruah dan
keberanian
Nilai
:
Jenis aktiviti
: Pengucapan umum
Himpunan gambar-gambar daripada 3 jenis penderaan,
Bahan bantu belajar : 3 kotak yang dilabel: Fizikal, Emosi dan Pengabaian,
kertas A4, pita pelekat.
Lokasi
: Bilik darjah/Dewan
Tempoh masa
: 1 Jam 30 Minit
Langkah-langkah pelaksanaan
1. Guru menyediakan 5 keping gambar sebagaimana di lampiran bagi setiap jenis
penderaan berikut:
PENDERAAN FIZIKAL
PENDERAAN EMOSI
PENDERAAN DAN
PENGABAIAN
2. Dari gambar-gambar di atas, sediakan beberapa set gambar yang mana setiap
satu set mengandungi 5 keping gambar. Bahagikan murid kepada 3 kumpulan.
3. Sediakan 3 kotak masing-masing dilabel mengikut kategori penderaan di atas dan
masukkan gambar-gambar ke dalam kotak mengikut kategori yang sesuai.
4. Setiap kumpulan diberikan satu set gambar dan diminta untuk memilih gambargambar yang bertepatan dengan jenis penderaan kumpulan masing-masing
contoh: penderaan fizikal, emosi dan pengabaian.
5. Selepas pemilihan gambar-gambar tersebut, setiap kumpulan akan menghantar
wakil untuk menunjukkan gambar-gambar yang mereka pilih untuk jenis penderaan.
13